Assalamualaikum semua, maaf nak bertanya.
Dua hari lepas saya bersama suami dan semalam selepas berbuka, keluar darah ketul. Jangan risau sebab saya terus rushing ke hospital berdekatan.
Semasa menunggu giliran dan berulang ke tandas, Alhamdulillah tiada pendarahan berlaku. Doktor pun mengesahkan ketulan darah tu adalah sebab saya bersama suami dan minta untuk tidak bersama buat sementara waktu.
Ketika di periksa oleh doktor dan di masukkan Speculum (gambar) boleh dikira secara paksa untuk memeriksa pangkal rahim telah menyebabkan luka dan pendarahan tetapi tidak sakit ketika membuang air kecil dan baby masih bergerak seperti biasa.
Saya kerap menukar panty liner kerana tidak selesa melihat darah walaupun tidak penuh
Saya perlu ke hospital semula atau tunggu beberapa hari? Adakah ibu-ibu yang mengalami perkara seperti saya?