Share pengalaman bersalin Czer

Assalamualaikum semua ibu hebat 💕 InsyaAllah saya akan menjalani pembedahan caesarean (czer) pada Jumaat ini, 14/11/2025. Mohon doa daripada semua semoga urusan saya dan baby dipermudahkan Allah, dilindungi dari sebarang komplikasi, dan semoga kami berdua sihat serta selamat, amin ya Rabb 🤍 Saya juga nak mohon perkongsian pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah bersalin secara caesarean — ✨ Macam mana persediaan sebelum masuk dewan bedah? ✨ Proses pemulihan selepas czer, cara jaga luka dan posisi menyusu yang sesuai. ✨ Tips berpantang dan bila waktu yang sesuai untuk mula berurut bagi ibu czer. Satu lagi saya nak tanya, bolehkah ibu czer consume pati ikan haruan? Jenis yang macam mana paling sesuai (botol, kapsul, atau rebusan)? Kalau boleh, ibu-ibu yang pernah guna boleh share gambar atau jenama yang selamat dan berkesan ya 🩷 Doakan juga semoga saya kuat dan tenang hadapi semuanya, dan semoga semua ibu yang menanti detik bersalin turut dipermudahkan urusannya. Amin 🤲🏻 #mohonbantujawabbunda #Needadvice #sharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mak saya czer tp bkn melahirkan anak la.. 🙂 Mak ad kanser rahim.. mak kena operation kat perut.. sebijik org czer.. Utk luka , keringkan letak ubat dan keringkan lg.. Klu makanan utk sembuh luka , mak saya makan ikan haruan rebus.. Alhamdulillah sembuh ng cepat.. Saya sendiri pula bersalin normal dan episiotomy Dan mcm d atas utk luka saya keringkan dan letak ubat keringkan lg.. Makanan pula sy minum pati haruan tapi sebotol sj dan makan ikan haruan rebus.. Alhamdulillah sembuh..

Baca lagi