Share pengalaman bersalin Czer

Assalamualaikum semua ibu hebat 💕 InsyaAllah saya akan menjalani pembedahan caesarean (czer) pada Jumaat ini, 14/11/2025. Mohon doa daripada semua semoga urusan saya dan baby dipermudahkan Allah, dilindungi dari sebarang komplikasi, dan semoga kami berdua sihat serta selamat, amin ya Rabb 🤍 Saya juga nak mohon perkongsian pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah bersalin secara caesarean — ✨ Macam mana persediaan sebelum masuk dewan bedah? ✨ Proses pemulihan selepas czer, cara jaga luka dan posisi menyusu yang sesuai. ✨ Tips berpantang dan bila waktu yang sesuai untuk mula berurut bagi ibu czer. Satu lagi saya nak tanya, bolehkah ibu czer consume pati ikan haruan? Jenis yang macam mana paling sesuai (botol, kapsul, atau rebusan)? Kalau boleh, ibu-ibu yang pernah guna boleh share gambar atau jenama yang selamat dan berkesan ya 🩷 Doakan juga semoga saya kuat dan tenang hadapi semuanya, dan semoga semua ibu yang menanti detik bersalin turut dipermudahkan urusannya. Amin 🤲🏻 #mohonbantujawabbunda #Needadvice #sharing

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

persediaan sebelum & semasa :- kne puasa 12jam (nnt doc akn bgthu) bnykkan selawat & doa semoga dpermudahkan segala urusan. masa dlm OT jgn tgk lampu atas tu kalau takut sbb blh nmpk doctor tgh belah perut kite 😂 selepas OT - biasa doc akan letak dkt ruang pantauan after keluar OT dalam sejam mcm tu xsilap untk monitor kita. kalau Ok, akan tolak ke wad. nnt lepas 6jam after habis bius, nurse akan dtg dkt kite mintak tukar pad, g toilet dgn pakai stokin khas untk aliran darah tu (xigt nama tp wane putih stokin nya). lps drpd tu, brulah nurse akan serahkan baby dkt kita. kalau nk bgun drpd katil, seeloknya mengiring dlu, lepastu ampu dgn siku then bru bgun slow2. jgn terus bgun, mmg akan perit sgt2 tmpt czer awak. pemulihan :- -bnykkan makan buah oren, luka cpt baik. dalam 2mnggu in shaa Allah luka blh baik sepenuhnya ( bergantung atas bdan org ). - lepas mandi, keringkan tmpt czer dgn tisu/kipas. brulah pakai pad n spender. mcm sye, lbh prefer guna hair dryer untk kering tmpt czer tu. - kalau tmpt czer mcm ade lubang kecik dkt hujung2 tu, blh beli dermacyn dkt farmasi, cuci lula dgn tu, nnt ttup sendiri. -posisi menyusu kalau sye lebih selesa baring mengiring, so takdek la sakit dkt tmpt czer. - untk berurut biasanya 7 hari keatas after discharge hospital. tp apa2 pun blh confirmkan dgn CL sbb xsemua CL sama. baby kalau kuning - try mandikan dgn air rebusan daun sen sei, blh beli dkt kedai ubatan cina, in shaa Allah cpt turun kuningnya selain drpd menyusu stiap 2jam. Jangan makan/minum pati or ikan haruan sis, apa2 brand pun. doc sendiri xgalakkan sbb takut luka dalaman melekat.

Baca lagi
1w ago

thankyou sis share pengalaman nya , tenang sikit hati saya .. saya ni bru jumpa pakar bius .. agak down sikit harini 🙂 tapi takpe , demi keselamatan baby saya , saya sanggup czer janji baby saya selamat dan sihat walafiat 🙂♥️🤲🏻