Swasta atau kerajaan?

Assalamualaikum. Saya ni baru nak jadi first mum, so nak tanya kalau buka buku pink swasta boleh ke buat appointment kat gov? Ataupun buka buku pink kat gov boleh ke buat appointment kat swasta? Harap mummies² boleh tolong jawab ye. Sebab suami saya nak saya beranak kat swasta, so kitaorang ada confuse sikit pasal buku pink ni 🥰#SeriusTanya #ingintahu #firstmom

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumsalam. Congratulations! Ada 2 method yang awak boleh pilih 1) Proceed dengan hospital swasta from A to Z. Lagi senang, jimat masa dan awak akan dapat penjagaan rapi daripada selected OBGYN semasa mengandung sampai lah postpartum period. 2) Buat antenatal checkup kat KK. Nanti masa 1st appointment buka buku, nurse akan tanya nak bersalin di hospital apa dan tempat berpantang. Awak inform terus yang awak nak bersalin di hospital swasta. Sertakan sekali nama hospital supaya nurse in charge awak sedia maklum. Sambil tu awak survey procedures & requirements delivery hospital yang awak nak tu. Most private hospitals required min 2@3 antenatal to book delivery. Option no 2 ni high chance untuk awak ada double antenatal checkup (KK & Swasta). Macam saya pilih option 2 sebab nakkan experience tapi on 2nd trimester saya tutup buku KK. Proceed dengan swasta sampai bersalin. Oh ya! Jika awak dalam high risk pregnancy category, boleh bersalin swasta juga. Jangan risau. Asalkan awak pilih hospital yang ada pelbagai pakar, fasiliti yang lengkap dan tiada isu duit.

Baca lagi