Assalamualaikum, saya nak tanya. Saya hari tu jumpa pakar paeds untuk tahu hasil ujian sampel najis anak dan diminta saya ke klinik semula untuk ambil darah anak, kononnya saya nak pergi pada 4/3 tapi 2 minggu berturut-turut suami sangat sibuk.
Sehinggalah PM umum perintah kawalan pergerakan pada 18/3. Setakat ni Alhamdulillah, kawasan saya masih zon hijau. Cuma agak risau dengan keadaan sekarang yang mana hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar.
Perlu tak pergi klinik? Tak serius mana pun, hanya ambil darah untuk tahu anak perlukan ubat iron atau tidak.
Anonymous