dos penggalak untuk ibu hamil

assalamualaikum.. saya nak tanya, apa pandangan ibu² hamil tentang dos penggalak (vaksin covid19 ketiga). ada yang dah ambil dos penggalak ke? boleh kongsi tak? untuk pengetahuan semua saya telahpun lengkap mengambil 2dos vaksin jenis comirnaty(pfizer) sebelum hamil lagi. sebenarnya saya berasa bimbang untuk mengambil dos penggalak kerana risau tentang kandungan (21minggu) saya.. #pleasehelp #ingintahu

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumsalam. Saya dah ambil booster masa 16w. Alhamdulillah semua ok. Skrg saya dah dlm 3rd trimester. Untuk saya, saya ambil sbb pernah kena covid sebelum pregnant. Mmg sgt seksa. Jadi bila boleh ambil je booster ni mmg saya ambil terus sbb kalau kena time pregnant lagi tak tahu apa jadi sbb risiko tinggi. Byk saya baca experience tak best bg ibu hamil yg kena covid. Ada juga saya baca ibu hamil lain yg ambil booster dah selamat pun bersalin. Saya pun mmg yakin untuk ambil sebagai ikhtiar nak jaga diri dan kandungan. Selebihnya saya serahkan pada Allah untuk jaga.

Baca lagi