anak tidak sah taraf

Assalamualaikum, saya husna ingin bertanya, bagaimanakah prosedur untuk membuat sijil lahir anak luar nikah (tidak sah taraf) yang tidak mempunyai sebarang dokumen dari mana-mana hospital atau bidan kerana melahirkan anak di rumah sendirian. Dokumen apa yang akan diminta jika pergi ke jpn. Mohon pencerahan sesiapa yang arif mahupun pegawai jpn yg bleh menjawab soalan ini..

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

masa melahirkan tu perlu ada saksi yng menjadi bukti kelahiran tersebut berlaku lagi 1 bila melahirkan dekat ruma cepat2 la ke hospital jngn tunggu lama2 .. klau da lama sngt nnti kena buat report polis apa2 pun semoga dipermudahkan segala urusan sis ..

Better sis terus tanya kat JPN. Dlu ada jiran pernah berurusan mcm ni, JPN minta saksi mata yang nampak anak tu dilahirkan & buku pink. Untuk maklumat lanjut boleh terus datang ke JPN

VIP Member

kalau mcm nie,jpn akan minta pg buat report polis,,,sbb xda satu pun rekod baby di hospital....kalau xbuat,takut nanti diaorg kata sorok bayi atau kes lain..

Takde siapa tahu? Menyembunyikan kelahiran blh dikenakan hukuman sis.. Segera melaporkan kelahiran bayi sis.. Dh lame ke bersalin?

Waalaikumussalam..try call jpn ye dear.,kesian nye awak bersalin tnpa sape2 kt sisi..da lame ke bersalin nye tu

Maaf sy tanye sis dah bersalin lama ke... Anak sndr ke... Ada terfikir nak serahkan sbg anak angkat x... ?