Susu Badan
Assalamualaikum nak tanye macam mana Nk lepas kan susu badan ye..saya pregnant dah 6 week anak umur 1 tahun9bulan maseh menyusu..😏#mommybuntu
Wsalam puan.. Puan dah bersedia? Untuk cerai susu memang perlu ibu dan anak betul2 bersedia, jika puan masih belum bersedia sepenuhnya memang susah utk anak lepaskan. Puan boleh mula dan lakukan sungguh2 jika puan betul2 dh bersedia.. Apa yg puan boleh lakukan 1. Berdoa sungguh2 moga Allah bukakan pintu hati anak utk berhenti menyusu. 2. Anak puan dh cukup besar utk faham apa yg puan cakap, jadi bercakap lah setiap hari terangkan yang dia dh tak boleh teruskan menyusu sebab dah besar. 3. Minta suami yang tidurkan anak, sementara waktu ni puan cuba sibuk kan diri waktu dia nak tidur minta suami yg uruskan dia sbb waktu tidur waktu paling KRITIKAL bagi kebanyakan anak yang extended breastfeeding ni.. 4. Puan try pakai baju yang susah dia nak selak sementara waktu tempoh nak wean off ni.. Mungkin boleh pakai baju kelawar atau apa2 baju mcm jubah pun boleh supaya tak mudah dia selak.. 5. Jika dia minta puan offer dia makan atau minum minuman yg dia suka.. 6. Kene cekal hati jika dia nangis minta suami alihkan perhatian dia pada benda lain atau ajak dia main mainan yg dia suka.. 7. Elakkan dulu selalu peluk dia sbb bila kita peluk ia akan buat anak rasa mahu menyusu sebab pelukan dan bau kita. ini tip dari pakar laktasi. dan Taktik ganti mengempeng dengan susu botol TIDAK AKAN BERJAYA. Ini bukan isu JENIS SUSU atau MINUM GUNA APA. Ini isu HABIT MASUK TIDUR. - baby language In sya Allah moga urusan puan dimudahkan dan anak berjaya wean off nanti.
Baca lagiWassalam.. Jgn bg susu bdn. Bg susu dlm botol. #TAPSupermoms