Jiwa Derita

Assalamualaikum mummy semua. Maaf andai penulisan ini menyimpang dari yang sepatutnya. Saya dah berkahwin 4 tahun dan dikurniakan seorang puteri. Sepanjang perkahwinan saya bahagia disebalik derita. Diluar saya tersenyum tapi dirumah memendam rasa. Dipenekkan cerita, suami saya tak bertanggungjawab,tak kerja,panas baran. Semasa saya berpantang anak pertama, dia pernah sepak muka saya menggunakan kaki. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu. Namun saya percaya allah mendengar doa saya agar Suami saya diberi hidayah dan jalan yang benar. Kini, saya hamil anak kedua. Saya buntu, adakah saya perlu meneruskan kandungan ini. Saya takut perkara sama terjadi lagi. Apa yang perlu saya lakukan?? #JiwaDerita

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Allahu sis. Bawak mengucap. Anak tu tak bersalah. Yang salah suami sis. Saya doakan sis diberi kekuatan & kesabaran yang tinggi untuk hadapi ujian Allah ni. Bagitau kat family ke pasal ni. Ni dah kes dera. Maaf ye, sis tak boleh diam diri. Kuatkan semangat, pertahankan hak sis. 🥺