Assalamualaikum mummy semua. Maaf andai penulisan ini menyimpang dari yang sepatutnya. Saya dah berkahwin 4 tahun dan dikurniakan seorang puteri. Sepanjang perkahwinan saya bahagia disebalik derita. Diluar saya tersenyum tapi dirumah memendam rasa. Dipenekkan cerita, suami saya tak bertanggungjawab,tak kerja,panas baran. Semasa saya berpantang anak pertama, dia pernah sepak muka saya menggunakan kaki. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu. Namun saya percaya allah mendengar doa saya agar Suami saya diberi hidayah dan jalan yang benar. Kini, saya hamil anak kedua. Saya buntu, adakah saya perlu meneruskan kandungan ini. Saya takut perkara sama terjadi lagi. Apa yang perlu saya lakukan?? #JiwaDerita
Read moreMy Orders