5 Balas

Puan, saya pun baru bersalin secara elective czer anak pertama 17 hari lepas, dan saya pun ada gdm sama macam puan. Antara sbb lain saya terpaksa memilih bersalin secara elective czer juga disebabkan air ketuban kurang (bawah 3) dan placenta abruption. Sudah tentu utk pengalaman melahirkan kali pertama semestinya saya ingin memilih melahirkan anak secara normal tetapi apakan daya situasi ketika itu tidak memihak kepada saya. Saya lebih memilih utk fokus melahirkan anak saya walau dgn apa cara sekalipun, lagi pula saya pernah keguguran dua tahun lepas. Puan, bersalin normal mahupun czer tetap sama sahaja pergorbanan kita sebagai ibu. You are giving your life to your child. Tentang org sekeliling Puan yg toxic tu, Puan perlu belajar utk memekakkan telinga dan amik tidak peduli for the sake of your mental health. Mintak support dari suami utk sama2 menjaga emosi dan mental health Puan. Thats what i do to protect mine. InsyaAllah lama2 nanti jadi “alah bisa tegal biasa.” Saya doakan Puan dapat menjalani proses berpantang dgn aman dan tenang✨

tak perlu pedulikan org toxic mcm tu sis. sy dulu pun mcm tu,biasa la ada ja org tegur tak kena. masa pregnant anak 1st,org tegur sy tak ikut pantang org mengandung. tak boleh duduk depan pintu la,tak boleh makan itu ini la,nanti susah nak bersalin. pregnant anak ke 2 pun mcm tu. tp sy abaikan ja. Alhamdulillah,proses bersalin anak 1st dan 2nd mudah sgt,tak ada komplikasi. sakit nak bersalin biasa la kan.bila sy pregnant anak ke 3,dah tak ada makcik² bawang toxic lg,sbb dorg dah tengok sy bersalin sblm ni. sy duduk kat pintu ka,makan apa pun,lilit tuala di leher ka,tiada yg tegur sbb mungkin dorg tau sy tak suka ikut pantang² mengarut mcm tu. Alhamdulillah anak ke 3 pun sy mudah bersalin juga. sy pun ada gdm juga sis utk anak ke 3 ni. nasib baik juga la dpt bersalin normal. tp sy salute la dgn ibu czer,sy rasa kalau sy yg czer memang sy tak kuat. apa pun tahniah sis dah jd ibu. just ignore toxic people. bahagia dgn cara kita sendiri

soalan nie berbalik kpd awak. apa awak rasa bila bersalin czer? adakah awak happy atau x happy? adakah awak rasa hina @ x hina? kalau jawapan awak, awak happy dan x rasa hina bersalin czer, why u should care about what people said right.... kalau awak happy bersalin czer x de sapa2 boleh tarik kenyataaan yg awak happy bersalin czer tu kan.. kalau awak dah tahu org tu toxic knape bg mereka kuasa untuk berkata2 pasal awak dan suami... kalau sy kt tmpt awak, I don't give a damn about anybody. N I really do it. I am happy, I give birth to my baby no matter what.. n nobody will say anything about me.. relax je saya. org toxic nie mmg suka org lemah. sbb tu awak kena kuat 💪 in future lg byk org toxic nie akan kondem mcm2 kt awak dan family. kuat okay awak....

Tak payah layan org macam tu . Abaikan je.. awak buat dia Macam tak wujud. Sye pun tgh pantang jgk ni hari ke 30 emergency czer kali kedua .. kali kedua ni sbb dah 16 jam Tapi bukaan masih 5cm. Adik mil saye dtg melawat . Tahu saye czer terus tye knp tak suruh dokter ikat trus.. hahaha .. suke Hati saye lhhh kn nak ikat o tak . Laki saye pun tak suh ikat . Orang luar pulak memandai nak rancang hidup kite . So awak abaikan je mulut2 puaka di lembah kesunyian yang jns nak sibuk hal org ni tau ☺️

Wsalam. Mana makcik tu tahu klu ada gdm kne bsalin csec? Sy sepanjang pregnancy takde gdm pun kne emergency csec sbb jalan tak buka. Klu ibu rasa makcik tu sgt toxic, ignore. Kadang2 bila kita layan, lg dia suka. Mcm sy buat, canang la mcm2 kt org, sy ambil pendekatan buat pekak sahaja. Alhamdulillah suami, keluarga sy & mertua sgt supportive..

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan