nak tanya pendapat berkenaan ar-rahnu

Assalamualaikum mommies, maaf lari sikit tajuk.. sini ada yang guna ar-rahnu ke? ok ke guna ar-rahnu? ada apa2 nasihat tak? suami cadangkan nak cagar emas mahar yang dia bagi waktu nikah haritu, dan dia minta pendapat saya.. bagaiman respon yang patut saya beri pada suami ya? usia perkahwinan baru masuk 4 bulan.. sekarang tengah pregnant 12 minggu.. dia cadang, nak cagar untuk setahun.. which is sebulan dalam rm40 lebih kena bayar upah pada ar-rahnu.. saya risau jadi hutang tertunggak dekat ar-rahnu.. ke tak je? pendapat ibu2 macam mana ya? serius tanya huhu..

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy x pernah guna ar- Rahnu nie. Nk bg pendapat pasal ar- Rahnu nie pun x tahu mcm mana. Sy boleh bg pendapat pun ikut kwn2 sekeliling. Emas mahar tu die bg awak ke? Awak pula rasa mcm mana? Dan untuk kegunaan apa die nk cagar emas mahar tu? Bg pendapat sy, kalau untuk duit lebih, sy cadangkan x perlu la pergi cagar emas mahar tu. Mmg bulan2 bayar rm40, tp kalau tertunggak berbulan2 mcm mana, takut x terbayar pula setiap bulan, nmpk sikit rm40 tu tp kalau dah tertunggak mmg nilainye byk. Masa tu nk x nk terpaksa pula jual emas mahar tu. Buat rugi sahaja. Kalau die dah bg awak emas mahar tu, simpan elok2, itu untuk kegunaan diri awak, untuk masa dpn awak yg kita sendiri x tahu. Kalau suami nk guna duit lebih, tanya die untuk apa, kalau untuk beli kelengkapan baby, awak masih 12 minggu, masih ada masa untuk menabung untuk beli barang baby. Mcm sy, sy dan husband bekerja, kitaorg menabung duit untuk beli brg baby guna rm5, rm5 yg sekeping tu mmg x pernah guna, kitaorg simpan. x kisah lah sehari tu kalau ada rm5 sekeping hijau tu dalam purse @ wallet, mmg terus masuk dlm tabung. Kitaorg menabung seawal sy buka buku. Bila nk beli brg tu dpt lah 4k- 5k. Hehehehe. Tp x de lah pergi beli brg guna rm5 tu. Tu cerita sy. Kalau husband awak ada brg nk beli, bincang dgn die cara lain boleh berjimat. Kalau kita pinjam nie @ buat cagaran nie mmg best, duit sedebuk, tp nk byr bulan2 tu agak susah. Sy pun x pasti real situasi awak suami isteri mcm mana. Hanya boleh bg nasihat.

Baca lagi
9mo ago

faham.. terima kasih banyak ya, dah tolong bagi pendapat.. duit ni, untuk bayar rumah sewa.. suami kata, bulan 3, 4, 5 yang belum bayar.. bulan 6 dan 7 dah bayar katanya. rumah sewa per bulan, harga rm800.. kata suami, semua kereta dan komitmen bulanan yang lain dah settle.. rumah sewa je belum katanya.. dan katanya, saving beliau dah habis guna.. tu yang dah takde cara lain katanya.. beliau dah fikir habis2 katanya.. yang emas mahar waktu nikah haritu, dia bagi gold bar 15g, cincin emas dan gelang tangan emas.. cincin dan gelang tangan, dia minta saya simpan jangan usik.. emas gold bar 15g je yang dia cadangkan nak cagar, untuk bayar rumah sewa katanya..