preg 26w. positif covid.

assalamualaikum momies. sy preg 26w. positif covid. simptom batuk, sakit tekak & sakit2 sendi. yg ada pengalaman kena covid boleh share petua tak? perlu pergi hospital ke? kena update my sejahterah ke? maaf banyak tnya. terima kasih.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya baru lepas habis kuarantin di rumah jumaat lepas. Kndungan 28 weeks baru dpt positif covid sbb ada kontak rapat dgn family. Symptom saya just sakit tekak saja. Lpas dua hari tu ada kahak pulak. Skrg dah sihat cumanya pernafasan jadi sangkut2 tak mcm sbelum ni. Hidung sumbat time nk tidur. Saya kuarantin di rumah selama 7 hari. Sis buat pemantauan oxygen ye di rumah tiap2 hari. Beli oximeter tu kat farmasi atau shopee ada jual. Saya pon sanggup beli disebabkan terlalu risau kita ni golongan yg berisiko so mmg kne beli. Jgn kurang dari 95 ye oxygen tu. If kurang sis cepat2 pegi ke hosp. Mcm saya tak kuarantin di hosp. Sbb symptom hanya sakit tekak saja. Sepupu saya dia kne admit ward dan kuarantin di hosp sbb baby dia gerak lambat tak mcm sebelum ni. Dan dia demam mengigil. So kalau kuarantin di hosp symptom yg teruk saja mcm jantung jadi laju, sesak nafas. Tapi kalau takde kuarantin saja di rumah. Banyakkan minum air suam dan lemon suam. Cepat sihat ye sis. InshaAllah moga Allah lindungi kita dari wabak penyakit ini amin 🤲🏻❤️

Baca lagi