Anak main hp

Assalamualaikum mama mau tanya anak 3y ada ka yg menangis mau hp. Semenjak bgaul dgn kazen2 dia dkg. Hp x boleh da pisah dari dia bgun tido cari hp tidur pun cari hp 😭 sy jenis x suka anak main hp siap belikan tab kanak2 tpi dia suka tgok utube juga. Mcm mana nak elak ni ambil masa berapa lama.

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

puan, tiada beza sama ada memberi hp atau tab. Mujur umur baru 3 years. Boleh jauhkan terus dahulu. Tiap kali anak mengamuk nak gadgets, ajak dia buat aktiviti selain menonton tv. 3 tahun mudah nak redakan. Ibarat macam nak wean off, dalam 3 hari kalau dah off terus penggunaan gadgets, insyaALLAH anak dah tak cari langsung. i have 4 kids (now nak masuk 5). Semuanya saya x pernah expose mereka dgn gadgets even yg besar now dah primary school. Even utube pun atau tonton tv, ada channel yg sy tentukan dan screening time ada tempoh. Tak boleh lenjan berjam2 atau straight sampai ke malam. Apa yg seronok sgt dgn gadgets? Waktu kecil adalah waktu keemasan. Otak mereka bagaikan span. Anak2 memerlukan lebih dari sekadar menonton. Perlu dedahkan mereka kepada aktiviti melibatkan fizikal. Sebagai contoh, seawal usia 1-2 thn, boleh bagi tisu, kertas utk mereka koyak²kan (asah psychomotor skill). Biarkan mereka mengupas kulit bawang, ajar renyuk2 kertas, ajar masukkan mainan dlm bakul, bagi pegang pensel utk conteng2 kertas and whatever yg sesuai utk mereka. Lekatkan selotep pada meja, biarkan mereka cuba tanggalkan, bagi main blocks, sometimes ajak diorg buat painting, dan saya juga suka buat experiment dgn anak2. Bila dah besar sikit ni, bawa diorg masuk dapur utk ajar baking, kuih dll. Anak sy umur 8 thn dh boleh masak nasi sendiri. 7 thn dah boleh bantu sy potong2 bawang, sayur in case saya memerlukan pertolongan seperti baru² ni, jari2 tgn saya alami contact dermatitis dan anak2 membantu sy di dapur. Memberi gadgets hanya merosakkan mata, meningkatkan tantrum, mendidik diorg utk tidak mempeduli dunia luar, kurang daya fokus, etc.

Baca lagi