Kesihatan mental

Assalamualaikum. Macam mana kita nak jaga kesihatan mental kita?? Kalau orang tu buat kita stress adakah perlu kita jaga jarak dulu tapi mak sendiri pula. Tiap bulan dah datang melawat, tidur sana. Mak kalau boleh nak tiap minggu pula datang. Bukannya banyak duit sangat nak ulang alik selalu dekat sejam perjalanan ke sana. Kadang tu cara cakap serupa macam kita tak pernah balik rumah sana. Saya dah ada darah tinggi, bila selalu macam ni makin sakit kepala nak kena fikir pula. Kadang mak sendiri lagi tajam kata kata dari orang luar. #bantujawab

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sy pula ayah sy . tiap mggu ws nk minta duit . sedangkan sy ni terkapai2 memikirkan benda lain nk byr . bukan nk berkira . ayah sy kerja jgk gaji dia lagi besar dri sy . tp dia tak memahami langsung bila sy ckp takde duit tinggal utk mkn jee . dia diam. tp nt mggu dpn dia ws lg minta pinjam . sy ni gaji bulan bkn gaji mggu . sy sndri serabut dgn susu pampers anak mcmnee nk beli . tak ckup duit . nk pijam bos pun tak dpt . suami pun berjimat2 sbb ekonomi kitaorg tak stbil . tp ayah sy nmpk mcm sy ni bank negara . dia minta bukan sikit . ratus2 .kalau ckp ada rm50 je tggl duit sy . dia minta jgk rm30 laahhh rm20 laa . dhtu sy ni tkde duit nk pijam siapa ? kdg smpaikan mlss nk blk ruma mak ayah sy sbb ni jee. asal dia call sy takut nk angkat hahah . sbb thu dia mesti nk duit . sy bkn nk berkira pun . tapi sbb sy sndri mkn pun tak ckup . anak lg nk mkn . sy ni duduk pun dgn mak mtua sbb kan tak mpu nk sewa . ada kete nk bayar . bill lg . kdg mak mtua suruh pindah pun . laki sy buat pekak jee sbb takut kalau pindah , tak mmpu . sdgkan skrg pun kitaorg tak mmpu . kdg sy duduk bilik je sbb taknk mak mtua bising knp tak pindah lg . sy takut sy kurang ajar dgn dia . jd sy elakkn berjumpa sgt walaupun serumah .

Baca lagi
1d ago

maaf saya memang anti bila ada segelintir ayah yg mcm ni.. sebab saya berasal dr broken family.. pd saya diam lebih baik.. balik bila perlu..

Awak.. Suami saya sampai kena MDD, depression disebabkan mak kandung sendiri. Dua kali kena admit hospital sebab stress teruk sampai Pengsan. Darah tunggi jugak. Sekarang bergantung pada ubat. Apa yg suami buat sekarang, dia jarak kan diri dgn family nye. Balik sekali dua je dalam setahun. (raya Dan hujung tahun je). Kecil kan circle. Contact family utk benda penting sahaja. Lama lama mak nya dh kurang cari pasal dgn suami. Maybe dia dah faham kot. Awak kena Utama kan diri awak dulu. Please. Jangan sampai jadi makin teruk. Nampak simple je masalah tu tapi boleh effect sampai jadi teruk ye. Please. Fikir diri sendiri dulu. Sbb kita ada anak kan.. Kita tak boleh sakit sakit. Anak perlu kan kita.. Semoga baik baik sahaja❣️

Baca lagi

Wassalam, Sis bagitahu mak sis, sis mungkin sis sibuk lepasni jarang dapat balik kerap sangat mcm dulu. Sis balik sana 6 bulan 3 kali pun dah memandai. Bagi mak faham tanpa sakitkan hati dia. Sis ada kehidupan sendiri, ada masa free sis chat atau call mak. Jika terlalu stress, boleh dapat khidmat kaunseling di kk atau hospital terdekat. Bagitahu sis ada tekanan darah tinggi juga. Nanti mereka pantau. Doa banyak2 supaya hati mak sis lembut, biar mak sis lebih berjaga2 dalam berkata2. Apa2 mak sis masih mak kandung sis cuma bukan sis tak hormat atau tak suka. Sis cuba buat seperti cadangan saya. Semoga dipermudah urusan sis ❤️

Baca lagi

macam saya , bru 4 hari brpantang mak saya suruh sy msak , cuci ayam semua , suami pula kantoi curang last contact bulan 8 bulan 9 xde kabar sampai skrg . sy pon ada bipolar , tapi x mkn ubat , handle sndri pemikiran kita . hari ni baru 13 hari berpantang berat sy drpd 102 turun 97 kg . dlm beberapa hari . anak kuning . so jwpan sy la kn , mana kita bole elak kita elak tp kna juga jaga cra percakapan , sb itu mak kita kan . sy pon manusia lemah . bukan selalu betol . tp better syg diri sendri juga

Baca lagi
TapFluencer

Ya, jarak kan berjumpa dan berhubung. Boleh cakap terus terang atau mesej atau wakilkan cakap kepada mak tentang masalah puan. Puan perlukan ketenangan.

Elakkan daripada kerap berjumpa.. kurangkan communicate..hanya memerhati secara senyap..kecilkan circle..lama² mereka akan faham dan terbiasa tanpa kita.

kalau boleh elakkan kerap balik kesana walaupun dekat. ckp je ade appointment klinik ke ape ke. try balik 2-3bulan skali.

terus terang saja sis..apa2 perkara skg ne xble diamkn Dan simpan dlm hati,nty mcm tue la mental health x trjaga..

xyah jumpa dlu