Bayi 8 bulan Jatuh katil dan kerap terhantuk dinding

Assalamualaikum,, IBU2 yang berpengalaman,, sy #firstmom .. nak minta pendapat,, anak sy sejak boleh merangkak ni.. dia kerap jatuh katil .. setakat tengah bulan 04 & awal bulan 05 ni.. anak dah jatuh katil 4 kali.. then .. terhantuk dinding lebih 10kali dan tertungging belakang waktu tengah belajar duduk dan waktu tertungging tu.. hentakan kepala yg agak kuat sy dgr sebanyak 2 kali terjadi.. sbb dy kalut nak duduk dan berdiri... benda ni jd waktu sy letih dan tertidur ,, time sy tengah solat.. dan waktu sy pergi buat susu untuk si baby.. Perubahan yg jadi :- Baby kerap menangis dan tak lalu makan.. Badan baby semakin kurus dan berat kurang.. Ibu² yang ad pengalaman,, blh share x ap yg perlu sy buat.. sy buntu n kesian dgn anak.. #pleasehelp #firstbaby #seriusnanya #firstmom #bantusharing

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Seeloknya puan bawa pi hospital dulu, xray kepala dia.. Kot ada darah beku ke kita tak tahu, retak ke apa ke.. Sbb baby kepala lembut sgt puan.. Kita kalau terhantuk dinding pon sakit ini kan baby... Dan puan juga kena elakkan anak puan tido atas katil mulai saat ni.. Sy masa anak first, anak sy pernah jatuh katil 2x waktu sy tido tak sedar diri.. Masa first jatuh sy dgr bunyi benda kuat mcm almari jatuh kelam kabut sy bangun, kali ke 2 mmg x sedar lgsg, nasib ayah sy ada kat rumah, dia dgr terus angkat anak sy.. Katil sy tak tinggi tapi tilam tu tinggi 10 inci.. Sejak dari tu sy dgn suami tido bersilang.. Sy tido tepi, anak tido tepi dinding dan suami tido silang di hujung kaki sy.. Kalau dia bangun, berjalan mmg kami akan sedar.. Bila waktu playtime dia sy nk buat kerja rumah, sy letak dalam playpen..atau sy biarkan dia kat bawah lapik tilam nipis dan keliling dia sy letak bantal.. Setiap 5 minit sy akan jenguk dia kalau sy ada kat dapur.. Sy ke tandas pon sy tak tutup pintu, melainkan ada adik2 sy kat uma yg blh tlg pantaukan sementara anak sy.. Sbb biasa sy mmg tinggal berdua je dgn anak.. Suami, adik dan ayah sy bekerja.. Masa dia pernah jatuh tu alhamdulillah xde apa jadi, tapi kita kena alert lah... Ni skrg anak sy dah 2 tahun, skrg aktif memanjat kalah spiderman..tak lama lagi nk meletup dah anak no 2 ni, skrg dah 8.5months preggy...x tahu lah mcm mana nk handle, apa pon mmg kena peka semua benda.. Minta Allah jauhkan semua benda tak baik.. Jangan sesekali leka..

Baca lagi

Elakkan letak anak atas katil. Kalau dah tau die kerap jatuh katil, elakkan letak atas katil walaupun kita rasa skjap. Dlm 1 saat saja, kita leka, mmg mcm2 boleh terjadi kt baby. Letak die di bawah. Di tgh2 ruang tamu bukan dekat dgn dinding. Di tgh2 tu, bentang la segala tilam, buat benteng 4 penjuru dgn bantal yg lembut, supaya bila die try nk duduk, kalau x balance pun, die jatuh ke depan, ke belakang, ke kiri, ke kanan, ada benda support kepala die. Duduk n perhatikan die, dr belah mana yg lg x stabil, penjuru tu boleh support lebih. Kalau ada baby cot lg senang, time awak solat, buat susu ke, letak baby dlm cot. Yg jenis ada roda tu, boleh tolak die masuk bilik time awak solat, time mandi ke. Masa anak jatuh dlm 24 jam tu die okay x? Ada muntah2 x? Ke die x berapa aktif?

Baca lagi

bawak anak ke emergency. dapat kan rawatan dahulu. bagi saya bahaya kalau bby asik jatuh je. saya kalau ada anak kecik,mmg tak pernah letak anak kat atas katil. saya tdor bawah je . waktu siang,dah siap kas rumah,saya bentang toto depan tv,baringkan anak atas toto. rasanya bila kita lepas bersalin,nurse dah pesan ni kat sepital. keluar je dari LB,nurse dah pesan,jangan tinggal bby atas katil sorang² bahaya. walaupun bby tu baru lahir. tak boleh. kecuali ada org yg tolong jaga/tengok² kan bby.

Baca lagi

ya Allah kesiannya🥺better elakkan letak baby ats katil bahaya🥺🥺baby ad muntah² x lepas jtuh tu...better puan bwk ank puan ke hospital untuk buat pngesahan...bahaya jgk klau melibatkan kpala ni🥺🥺semoga baby puan baik² shja😢

seeloknya jgn tdoq katil lagi . mmg bhaya bby akn slalu jatoh .. tdoq bwh ja sis . tggu bby bsaq sikit baqu tdoq katil . sian bby klau slalu jatoh tkot nnty jadi apaa2 lagi ssah . 🥺🥺

VIP Member

Puan, dah banyak kali anak puan jatuh dan terhantuk tapi puan masih letak dia di atas katil? Harap puan bertindak dengan lebih rasional. Sila bawa anak puan berjumpa dengan doktor.

TapFluencer

Kalau kerap sangat mommy kena tidur di bawah buat sementara. Kena pantau kalau anak muntah ke atau bengkak makin teruk bawa terus ke klinik atau hospital ye

TapFluencer

Apa perlu buat? sila bawa anak jumpa doktor

9mo ago

Baru perasan dgn komen2 puan/ tuan. Ada masalah ke komen saya setahun yg lalu? Saya jawab untuk penjelasan supaya tiada salah faham. Dalam tuan tanah punya perkongsian ada dinyatakan "apa yg perlu sy buat..." Saya ulanglah balik pernyataan dia dgn soalan drpd saya: "Apa perlu buat?" Dan, saya nak menjelaskan saya jawab jumpa doktor tu sebab saya baca perkongsian tuan tanah dan saya berfikiran seolah anak dia kerap hilang perseimbangan. Itu sebab saya minta dia jumpa doktor. Saya bukannya mahir bab tumbesaran anak. Jadi doktor lah orang yg betul untuk pantau tumbesaran anak. Sekian.

Bawak anak tu jumpa dr terus