Cramp perut seketika ketika orgasme

Assalamualaikum ibu2 dan bapa2 semua, isteri saya hamil 7 minggu, semasa kami bersama, jika isteri orgasme dan cramp perut kejap, normal kew? dan ada apa2 komplikasi tak pada baby untuk trimester pertama ni? #ParentToBe

11 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Waalaikumusalam.. Ni cuma pendapat saya dan pandangan sahaja berdasarkan pengalaman.. Saya bersama dengan suami dan orgasme akan mengalami cramp perut.. Diikuti dengan sedikit pendarahan. Lama lama yang sikit tu akan menyebabkan ia jadi banyak. Dan mengalami keguguran.. Dalam pemerhatian saya sudah 2 kali pregnant dan 2 kali juga keguguran. Nasihat saya, encik boleh bersama dengan isteri.. Tapi selepas itu, sila lah perhatikan atau monitor isteri encik agar tidak berlaku pendarahan atau cramp perut yang melampau. Jika ada pendarahan walaupun sikit, terus ke hospital. Jika tidak berlaku apa apa pada isteri encik. Maka, kandungan masih baik dan boleh teruskan seperti biasa.

Baca lagi