ibu hamil minum susu ape?

assalamualaikum ibu ibu minum susu ape yer semasa hamil untuk naikkan hb semua tuh..

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Semua jenis susu boleh minum awak. Terpulang pada awak. Susu ni fungsinya sebagai kalsium tambahan. Kalau awak nak makan ubat iron tak boleh minum sekali dengan susu. Maksudnya kena jarakkan sebelum makan atau selepas makan 2 jam. Nak naikkan hb kena jadikan sumber rich iron food sebagai menu harian. Contohnya protein (ayam, telur, daging, ikan), sayuran hijau (brokoli, bayam, sawi, etc), buah (jambu batu, delima, etc). Nak tahu lebih lanjut awak Google sumber makan yang tinggi zat besi. Ada banyak. Macam saya sendiri minum susu ibu mengandung (Anmum Materna) dengan susu kotak full cream.

Baca lagi