Assalamualaikum, hai.
Saya perlukan advice ibu² yang berpengalaman. Anak saya nak masuk 3 bulan batuk berkahak. Dah buat 2 kali suction, refer Paed tapi masih tak reda. Hari ini dah masuk 2 minggu anak batuk & kahak masih banyak. Kami juga melakukan alternatif buang kahak secara manual berulang kali di rumah. Suami mula risau kerana sudah 2 minggu anak batuk berkahak. So far anak aktif, boleh menyusu seperti biasa & nafasnya tidak pula laju. Namun suami bercadang untuk refer ke KK. Jika ada ibu² berpengalaman mohon share, kebiasaannya apa prosedur yang dilakukan oleh doktor? Dan betulkah tindakan kami refer anak ke KK? Terima kasih.