Xray for TB screening

Assalamualaikum dan Hi Saya ada 1 persoalan, bolehkah ibu mengandung 2nd trimester buat xray utk pengesanan TB? Adakah akan ada sebarang risiko kepada bayi dalam kandungan saya dan bolehkah sekiranya saya menolak untuk ujian tersebut? Untuk makluman saya kontak rapat pesakit TB. Mohon pencerahan. Terima kasih! #ingintahu #tb

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Amalan biasa, Xray tak dilakukan kpd ibu mengndung, sekiranya masih boleh dielakkan.. Tetapi, dalam kes2 yg melibatkan penyakit serius, xray dilakukan dgn consultation Dr dan consent persetujuan dari pesakit itu sendiri. Dgn syarat pesakit diberi perlindungan temasuk baby dlm kandungan. Jadi lead apron (baju plumbum) mesti dipakaikan, dan langkah perlindungan sinaran lain diambil semasa xray.. Xray TB screening kalau tak silap dibuat kat bahagian dada.. Jadi bahagian perut dan abdomen ke bawah akan ditutup dgn lead apron. Lead boleh mengurangkan dari xray tembus kat bahagian yg ditutup.. Apa2 pun mesti consult dan berbincg dgn Dr dahulu mengenai kesan dan kemungkinan yg boleh berlaku.. Adakah risiko kesihatan bayi melebihi jika tak dijalankan dari risiko terkena xray.. Boleh dibincangkan.. Sekiranya puan x mahu, puan boleh menolak dan tak sign consent tu.. Bila xsign, xray tak akan dibuat.

Baca lagi