Xray for TB screening

Assalamualaikum dan Hi Saya ada 1 persoalan, bolehkah ibu mengandung 2nd trimester buat xray utk pengesanan TB? Adakah akan ada sebarang risiko kepada bayi dalam kandungan saya dan bolehkah sekiranya saya menolak untuk ujian tersebut? Untuk makluman saya kontak rapat pesakit TB. Mohon pencerahan. Terima kasih! #ingintahu #tb

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Amalan biasa, Xray tak dilakukan kpd ibu mengndung, sekiranya masih boleh dielakkan.. Tetapi, dalam kes2 yg melibatkan penyakit serius, xray dilakukan dgn consultation Dr dan consent persetujuan dari pesakit itu sendiri. Dgn syarat pesakit diberi perlindungan temasuk baby dlm kandungan. Jadi lead apron (baju plumbum) mesti dipakaikan, dan langkah perlindungan sinaran lain diambil semasa xray.. Xray TB screening kalau tak silap dibuat kat bahagian dada.. Jadi bahagian perut dan abdomen ke bawah akan ditutup dgn lead apron. Lead boleh mengurangkan dari xray tembus kat bahagian yg ditutup.. Apa2 pun mesti consult dan berbincg dgn Dr dahulu mengenai kesan dan kemungkinan yg boleh berlaku.. Adakah risiko kesihatan bayi melebihi jika tak dijalankan dari risiko terkena xray.. Boleh dibincangkan.. Sekiranya puan x mahu, puan boleh menolak dan tak sign consent tu.. Bila xsign, xray tak akan dibuat.

Baca lagi

pernah xray masa mengandung 8 minggu sbb high risk covid.. Dr dan juru xray terangkan risiko berkali2, dan perlu tandatangan surat consent faham akan risiko.. tanpa surat tu, juru xray takkan teruskan.. dan akan pakai jaket khas cover perut, tak boleh repeat 2 3x, sekali je jadi mmg lama jugak sbb juru xray akan pastikan tak ada silap ambil xray.. jadi sebaiknya bincang dengan Dr, risiko mana yg lebih bahaya, TB atau xray pada kandungan..

Baca lagi

mcm sy xpernah xray org mngandung.kalau pt prempuan mmg minta first last period date..biasa sy buat pt lelaki yg ada tb je.. smua ni atas advice dr.. kalau ada kperluan dan untuk kebaikan/untuk elak risiko2 tertentu, lebih baik confirmkn betul2 dgn dr.. tp xsilap sy ,untuk check tb ni ada ujian lain slain xray. xsilap sy la..

Baca lagi

Baik tanya doktor dulu. Biasanya waktu pregnant tak buat xray. Kalau saya buat xray dulu, dia suruh sain surat bila period terakhir dan tidak mengandung.

Wslm.sebaiknya inform juru-xray jika pregy..tp jika memerlukan juga,boleh pkai bag/baju besi pd abdomen/perut utk cover radiasi pd kandungan tersebut.