Anemia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera mummy ?. Saya ada masalah hb low .. Masa 12 weeks (10.2) dan terus menurun. Paling latest hb saya 8.7 sahaja .. Dari 12 weeks Dr saran saya makan iberet. Aritu saya warded dekat 3 minggu atas masalah placenta previa .. ingat bila duduk hospital hb cantik la sikit, tapi makin menurun . Dr dah buat ujian feritin, dan keputusannya alhamdullillah takda masalah kurang zat . Zat saya tinggi (102). Next buat ujian talasemia .. keputusan negative, tapi Dr buat lagi ujian talasemia kedua .. result belum keluar, mereka kata makan masa utk result. Yang terbaru, darah saya diambil lagi utk ujian hb analysis pada 14 Nov 19, result mkn masa dalam sebulan ++. Macam-macam dah saya try makan, setiap hari makan delima/kurma kadang tukar tembikai merah/jambu batu .. ikan itu, ikan ini ... Tapi resultnya tetap sama terus turun. Bila makin menurun Dr/Nurse pun risau, membuatkan saya berganda risau. Suami bertugas jauh di Sabah, nasib kedua-kedua family dekat dengan saya. Nurse Sarankan saya tidak tinggal berseorangan. Siapa pernah alami masalah seperti saya, apa petua/tips yang boleh dikongsikan. Terima kasih mummy ?
Preggers