Soalan kpd ustazah/ustaz yg guna aplikasi ini.

Assalamualaikum, berdosa tak jika gugurkan kandungan sbb tak suka suami zalim? Sblm lahirkan anak sulung suami pernah pukul, ugut cacatkan isteri setiap hari serta ugut bunuh. Perkara itu semua bermain di fikiran isteri setiap hari. Jika suami bertindak di luar jangkaan lagi, apalah nasib anak sulung nanti. Isteri merancang untuk berpisah dgn suami pd masa hadapan. #ingintahu

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Maaf saya bukan ustazah tetapi seorg muslim. Mengugurkan adalah seakan membunuh insan. Jika membunuh seorang insan dosanye seberat menbunuh seluruh insan. Jika suami pernah mengugut, kenapa tdk amik tindakan selanjutnye secepat mungkin utk mendapat penyelesaian awal. Sis seorg isteri, kenapa harus pikir utk bersabar sampai hari dah mengandung dan ingin membunuh kandungan? Jd apa bezanye antara sikap mengugur dan sifat suami memeras ugut utk kecacatan atau memukul. Dosa mengugur lbh berat jika berbanding dosa mengugut dan mencederakan sis...ada byk cara penyelesaian tanpa fasakh, blh berbincang dulu, atau report utk keselamatan, akhir sekali ikut pada situasi utk buat keputusan yg selamat bg anak dan ibu jika perlu. Sis seringkali tak blh pikir negative atas masalah berdua, cuba dengan rela hati ketepikan segala yg pernah terjadi kearah kebaikkan positive. Apabila ibu mengandung melahirkan anak utk memperkembangkan umat nabi muhammad saw, sis segala dosa sis akan dimaafkan utk anak yg baru lahir. Jika sewaktu melahirkan anak dan ibu terus meninggal dikira mati shahid. Darjat ibu itu adalah sgt besar pahalanye dan peluang utk hidup semula kearah kebaikkan demi menjaga amanat ujian Allah. Jgn terburu buru mengabaikan anugerah tuhan yg sgt indah

Baca lagi

berdosa. melainkan awk ada masalah kesihatan yg memudaratkan awk dgn bby. selain dri tu berdosa. kalau suami pukul terus pg balai report polis. and buat report ugutan suami tu utk cover diri utk anak and diri sendiri. mntk polis tahan suami tu. dan please jgn tarik report. lps tu awk boleh pg ke pjbt agama buat aduan, bwk semua report polis, gmbr bukti and report dri hospital. atau awk boleh pg ke mahkamah utk mintak fasakh. sementara tu boleh keluar dri rumah duduk dkt tmpt yg selamat. rumah mak ayah, adik beradik, kwn. yg suami xboleh tau. lps tu awk boleh pg ke hospital mntk jumpa dgn psykiatri. utk tau tahap mental awk. sbb gaya awk ni mcm trauma sampai setiap hari fikir suami nak pukul n bunuh.

Baca lagi

pendapat sy..apa kata puan cuba mjauhkn diri dari suami..ambik masa UTK diri sendiri.. tak smstinya bpisah itu jalan pyesaian..cube CR tmpat perlindungan smntra UTK mgelak pkara yg buruk yg blaku.. fokus pada kehamilan.. jgn gugurkan kandungan.. jga... insyallah ada jln pyesaian.. PD suami tu bg dia ms UTK suami dan puan.better cube duk asing smntra UTK bpikir pasal rumahtgga.. bukan bpisah..tp UTK bg masa UTK diri sendiri dan suami.. smga di permudahkan urusan.. msing2... mukin ada mslh.. tp cuba buat tbaik.

Baca lagi

waalaikumusalam sis...saya bukan ustazah tp sbg seorang yg beragama islam saya perlu jawab soalan sis...berdosa sis...tolong jangan gugurkan kandungan sis...ramai ibu yg tiada rezeki utk menimang cahaya mata....tolong sis...jgn gugurkan kandungan...anak sis x berdosa...ksian kan pada anak yg x bdosa tu sis...jgn sbb bencikan suami yg zalim anak yg tanggung akibat..mgkin bahagian rezeki sis da tertulis dpt cahaya mata dlm keadaan diuji mcm ni...tp saya mintak sangat sis jgn gugurkan kandungan 🥺

Baca lagi

sis pls jgn gugurkan anak tu dia tak salah apa2..kesian dia Allah bagi dia peluang hidup kat dunia tapi sis pulak nk gugurkan.sedih org2 yg masih belum ada rezeki baca.suami sis yg bermasalah klau sampai tahap ugut bunuh.baik sis failkan cerai dan report polis.. dia tak berhak buat macam tu..sis tak boleh teruskan hidup dengan orang mcm tu..sis masih ada anak..boleh teruskan hidup dengan anak tu n masih ada keluarga yg boleh lindung sis..jgn buat buat keputusan gugurkan baby tu.

Baca lagi

wksalam awk..knp perlu tunggu masa hadapan..sekarang..sekarang pttnya da berpisah dgn org sebegitu..kesian anak yg tak tau apa2..nak membesar pulak dgn persekitaran begitu..tak bagus..g wat report dekat balai polis k..jgn gugurkan ya..da org mengharap nak ada anak tp tak dapat..da ada tu jaga la baik2..jgn sia2 kan..mgkin ari nie kita ssh..mana tau lahirnya nanti bwk rezeki yg tk disangka2..

Baca lagi

knpa nk tunggu masa hadapan??? hati masih berharap husband berubah ke? sayang diri sendiri dulu.. buka mata hati puan, jgn tutup sbb sayang. isteri bkn punching bag .. knpa boleh terfikir utk BUANG kandungan drp fikir buang suami mcm tu??? dkt Fb dkt tiktok ramai dah peguam share info utk domestic violence ni. carilah utk diri sendiri langkah keluar drp hubungan toxic tu . #takkecamcumageram

Baca lagi

pisah dgn suami bukan msa hadapan. tp skrg. anak tu takde dosa. dia berhak hidup. kenapa nk gugurkan ank dulu,pisah dgn suami kendian? sbb nk bg peluang kt suami konon2 suami akn berubah nnti?? lepastu?? lepas gugurkan, tiba2 suami berubah, then mngandung lagi, suami buat hal,gugurkan lagi? ulang2 smpai kiamat?pls. kalau awk buat jugak, Allah nampak,Allah tahu. kami xtahu. fikir masak2.

Baca lagi
VIP Member

Jawapan nya TAK BOLEH dan BERDOSA melainkan kandungan itu memudaratkan kesihatan ibu atau anak atau kedua-dua nya sekali. Bermaksud, jika kandungan itu boleh menyebabkan si ibu mendapat penyakit yg memudaratkan kesihatan atau kematian, maka boleh gugurkan. Selainnya, tak boleh.

TapFluencer

Waalaikumussalam. Saya bukan ustazah, sis. Berdosa nak gugurkan kandungan tanpa masalah kesihatan yang memudaratkan ibu. Sebaiknya sis mengadu dengan orang yang rapat yang boleh selesaikan masalah. Moga dipermudah urusan ya 🥺