Bayi Tidak Buang Air Besar
Assalamualaikum. Bayi saya 3 hari lebih tidak buang air besar. Ape penyebab masalah ini. Dan jalan penyelesaian ? Sekiranya berlarutan. Adakah bole menyebabkan keburukan sekiranya berterusan?? Anak berusia sebulan lebih.
Waalaikumussalam, boleh saya tahu baby sis full bf atau campur2 dgn fm? Sebab, kalau full breastfeed, normal untuk baby tak berak 3 hari. Ni based on experience saya sendiri. Masa dlm berpantang, anak saya mmg full breastfeed. Dia berak sekali selang 7 hari, lepas tu berak sekali lagi selang 14 hari, lepas tu selang 7 hari lagi. Kitaran dia macam tu. Kebetulan, saya mmg hari2 ada appointment dgn kk dan seminggu sekali ada appointment dengan pediatric di hospital sbb anak kuning. Setiap kali appointment tu, setiap kali tu saya tanya pasal berak anak. Doktor kata normal kalau hanya menyusu susu ibu. Tapi bila berak tu, doktor nak kita describes macam mana najis baby tu. Warna apa, cair atau berketul, ada berbiji2 ke. Memang details lah doktor pediatric tanya. Tapi semua doktor yg saya tanya kata normal untuk baby yg full bf. Masa tu saya berpantang di rumah mertua. Jadi mak mertua saya tak puas hati dgn jawapan doktor2 kk dan pediatric, dia ajak ke klinik swasta. Sbb dia dah ada 11 cucu, takde sorg pun yg mcm anak saya, yg jarang berak. Last2 doktor klinik swasta pun kata normal. Cuma doktor bagi ubat lembutkan najis. Dan saya perasan ubat tu ubat yg sama dengan ubat lembutkan najis yg sama minta di kk untuk diri saya. Sebab saya susah sikit, Dan rasa sakit nak buang air besar lepas bersalin. Kalau doktor kk dan pediatric, dia tak bagi apa2 ubat kat baby. Mereka kata tak perlu. Cuma dia ajar cara buat senaman kayuh basikal pada baby. Sis boleh try senaman ni pada baby sis. Selain daripada tu doktor kk pun ada suggest, basahkan cotton bud lepas tu urut kat sekeliling lubang punggung baby. Untuk stimulate rasa nak berak pada baby. Tapi kalau sis nak kepastian, better sis ke klinik atau hospital. Semoga dipermudahkan urusan ye. Aamiin 🤲🏻💕
Baca lagiSaya pernah tanya doc. Baby saya fully bf tapi tak berak 15 hari! Doc cakap asalkan baby aktif, okay je. Doc juga cakap kita perlu rangsang saluran dia dengan cara urut perut, buat kayuh basikal pada baby dan urut di sekitar betis. Boleh try. Atau cara tradisional, tunku baby. Harap membantu
Normal kalau fully breastfeed. Tp tgk2 juga if najis baby normal x, baby aktif x / ada simptom kembung perut. Kalau baby nampak x ok, terus jumpa doc ye.
Normal klo fully bf.. Klo xberak lebih had hari, risiko usus baby.. Kna jmpa doktor, nti doktor bg solution
Kembung perut
Fully bf normal