Stop Menyusu anak selepas habis pantang

assalammualaikum naktnya , ada dak ibu2 yg stop bagi susu badan selepas habis pantang , saya rasa mcm nak stop susu bdan selepas hbis pantang , yala sbb pemakanan susah nak jaga & saya nak berkerja , rasanya nak bgi susu ducth baby ja kt baby , dah taknak susu badan , okay ke mummy mummy ? 🥹 #Sharing_dong_Bund #firstmom #bantusharing #ingintahu

17 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Semua tau susu ibu adalah yg paling sesuai dgn bayi. Tapi terpulang pada ibu juga. Sekurang2nya awk dh bagi kolostrum kat baby. Lepas pada tu, ikut pendirian dan convenience masing2 ya. Kalau awk ada kemahuaj, inshaAllah perjalanan penyusuan akan ok je, tak senang menyusu dan kekalkan susu badan masa berjauhan dgn anak. Mcm i, byk kali rasa penat dan tak larat nak pam tambah2 kerja high demand. Tapi 10m postpartum masih gigih. Cuma tak senang dan mental kena kuat. Sy tripple feed baby. Jadi susah yang terpalinng. So i rasa i tau menyusu badan dan menyusu botol dua2 ada challenge dia. Beza dia mana yg u boleh hadap lah. Jadi kalau u rasa bagi formula convenience for u and works for your baby, teruskan sis. By the end of the day, anak awk kenyang dan selamat. Mana ada ibu dgn sengaja nak harm their baby. Goodluck.

Baca lagi

boleh je kalau ibu nak bagi fm, tapi tu lah susu yg terbaik adalah susu ibu. Sayang kalau susu banyak xbagi baby. Rasanya kalau bab jaga makan ni xda masalah setengah baby boleh terima apa saja yg ibu mkan. Fm ni yg susah, nak cari susu yg sesuai untuk baby. Kalau anak awak sesuai dengan susu dutch baby alhamdulillah. anak saya banyak kali try and error, dupro baby saya kembung, lactogen kembung & sembelit, dutch baby berkahak & kembung, Nan cirit birit & kembung, rupanya lactose intoleren. so saya bagi susu similac lactose free baru ok serasi. Tapi semua terpulang pada awak. Awak yg buat keputusan.

Baca lagi

Wasalam. Ibu perlu tahu susu formula mengandungi gula dan susu ibu sangat bagus untuk bayi. Ibu boleh cuba untuk pump susu ditempat kerja kalau susu ibu masih ada, agak sayang la sebenarnya kalau susu masih ada tapi tidak mahu memberikan susu ibu kepada anak. Banyakkan membaca manfaat susu ibu kepada anak ya ibu. Sekadar pendapat saya sahaja, keputusan di tangan ibu sendiri sebab saya pun tak tahu ibu bekerja macamana andai menyukarkan ibu untuk pump susu. Bab susah jaga permakanan tu, cuma try and error sahaja. InsyaAllah semuanya okay.

Baca lagi

baby saya minum campur susu badan dan formula dari umur 2 hari sampai sekarang 4 bulan. pakai botol sebab baby dah taknak direct feed. kalau nak senang memang bagi je formula, tapi saya fikir antibody dari susu ibu tu penting untuk kesihatan baby, nnt baby kerap sakit kita yg susah sendiri,so selagi ada susu saya pump bagi je. sekarang baby minum 4oz 7x sehari, 4x susu badan, 3x formula. saya pun tak susah nak pump kejap2, just pump 4 kali sehari je. so far ok la. saya plan anak at least umur setahun kalau nak stop susu badan pun.

Baca lagi

susu ibu mmg yg terbaik x dinafikan. saya bf+fm mom . untuk mental saya mmg saya campur sbb saya tahu saya xmampu. sakit badan penat segala hal. xsalah pon bg fm x salah jugak klu nk full bf. yang salah klu kita x jaga anak kita dengan baik kita x jaga diri kita dengan baik haa tu yg salah. jadi mommy klu xlarat klu bnyk halangan dri segi kerja yg sgt susah nk jaga waktu pump maka pakai lh fm . saya fm pakai karihome dari baby lahir-6 bulan, lps 6bulan tukar ke brand dutchbaby. Anak perempuan 10bulan skrg berat 9.4kg alhamdulillah

Baca lagi

Kalau ada sedikit kesempatan untuk bf, boleh continue.. macam campur kan.. sebab baby pun kadang tak semuanya akan terus serasi dengan susu fm. kena try2 juga.. jadi untuk stop tu, bukan direct kita stop terus.. slow2.. itu pandangan saya sahaja.. Dan dari pengalaman sy, mengalami bengkak2 susu lagi menyakitkan bila tak dipam atau diberi pada baby. Walaupun doktor dah beri pelbagai ubat untuk stopkan. Dapatkan nasihat doktor ye..

Baca lagi

Saya pun nk stop bf sebab nak masuk kerja. Saya tahu saya akan lg stress fikir nak pam dengan fikir kerja yg mmg dh susah. Pastu balik lambat, pergi balik kerja naik mrt dah mcm mana nk pam and simpan susu dalam train pulak. Balik siapkan anak, masak lagi. Mmg saya rasa demi kesejahteraan mental saya nak berenti tak lama lagii 🥹🥹 sayang sangat sbb dh nak 6 bulan bagi susu badan. Semoga anak anak kita sihat sahaja sentiasa amin

Baca lagi

sy dbf sampai now anak 2 yo masih bf belum wean off lg, sejujurnye tak jaga makan pun, makan seadanya je. tp sy dbf, puan nak pam, lain kan.. btw kakak sy cg anak dia fully bf. guna wearable pump. time mengajar pam, meeting pam.. kat padang pam.. tabik ibu yg bekerja & pam utk anak tercinta ni.. nak bg anak minum susu ibu sendiri bkn jalan yg mudah

Baca lagi

boleh sahaja,tapi better bagi dupro kot,sebab dutch baby dengan lactogen tu orang kata gula tinggi boleh buat obesiti..kalau dulu saya bekerja saya susu campur,siang dekat pengasuh susu fm,malam saya bf sampai umur 8 bulan lepas tu anak saya dok main gigit² je puting nya terus saya stop 🤣

VIP Member

kalau ikutkn susu yg trbaik tuk bby adalah susu bdn ibu sbb blh build antibodi yg kuat tuk bby..tp kalau puan plih tuk stopkan bby susu bdn sbb kekangan waktu sbb bkje dan sush nk jg pemakanan. ia adalah hak puan tuk menentukan apa terbaik tuk ank puan.mg dpmudahkan segalanya Allahuma aamiin