Buka buku pink d kk tapi plan bsalin kat swasta

assalam semua,, saya nak tanya sikit,, saya buka buku pink kat KK tapi husb sy ada plan nak saya deliver kat swasta.. cumanya tak pasti lagi,, baru nak plan dulu.. blh ke sy teruskan je checkup kat KK & nanti msa nak bsalin tu sy terus ke swasta hosp je? Atau perlu tukar checkup ke swasta? Sbb nanti tibe2 last2 bsalin kat gov je #ingintahu #firstmom thankyou

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Ikut prosedur private hospital yang awak nak bersalin tu. Most of private hospitals required 2/3 times checkup with selected OBGYN. Ada 2 option yang awak boleh buat, stop antenatal checkup di KKIA dan proceed antenatal checkup di private hospital. Or Buat double checkup (KKIA & private). Pengalaman saya, saya buat yang 1st option tu. Penat nak hadap double check up. Lagi pun pregnancy saya lagi terjaga dengan OBGYN daripada KKIA. And saya bekerja tak nak serabut dengan banyak AL. Nak mudah nanti awak discuss dengan nurse in charge awak dan contact admin private hospital tu. Tanya je apa yang nak tahu. Saya buat macam tu lah.

Baca lagi

Biasanya depends pada hosp tu sendiri sis. Macam saya dulu call Hosp Salam utk bersalin kat situ, dia suruh kita check up at least 3 kali appt before deliver. Tapi masatu saya tak jadi nak teruskan. Saya proceed ke hosp gov je. Cuma saya check up bulanan kat swasta la bukan kat KK. Mcm gov, tak apa kalau nak terus bersalin situ even buku pink swasta. Tak perlu pun kena 3 kali check up ke apa. Biasa bersalin kat hosp swasta je perlu check up at least 3 kali tu. Walaupun check up klinik swasta haa gitu😬

Baca lagi

better buka buku pink kat KK. even nak beranak kat swasta ke apa tapi risau juga kalau² cth sy tak doakan, sis beranak czer pastu g hospital sis beranak tu, diorang tak boleh nak buat apa² diorang akan hantar kat kerajaan juga. ni sy share dari pengalaman makcik saya dia beranak hospital swasta pastu czer bila jahitan czer terbuka, swasta hantar kat hospital. tapi ni keputusan sis dengan suami lah.

Baca lagi

Slalunya swasta atleast by 30w klu x silap kna tukar appointment dkt dorang dh tp depends hospital mna la not sure klu ada yg terus nk terima bersalin sna klu xde checkup..tapi klu mmg emergency yg baby mmg kluar dh x sempat g krajaan tu lain kes la, tu blh je kwn sy pernh kes mcm tu..cuma klu sis mmg dh plan nk bersalin swasta u better call them and ask what are the requirements..

Baca lagi

Dah target ke nk swasta yg mana tu? Call tanya requirements sebab swasta biasanya nk at least beberapa kali check up dgn dorang time last trimester sbb gynae nk betul2 tahu your condition since dia yg akan sambut baby nanti. And for booking juga. Mine columbia at least 3x check up tp i mmg fully check up swasta & gynae book kan semua time 33w without depo. Hari bersalin baru depo

Baca lagi

boleh je sis. sy checkup dua² kt kk n hospital swasta. better survey dulu hospital mana, lepas tu call/walk in tanya berkaitan pakej bersalin mcm mana dr segi harga normal/elective czer/emergency czer n lain² komplikasi.

teruskan je kk. if nak swasta, kena confirmkan cepat nak hospital mana sbb selalunya kena booking, kena ada checkup min sekali masa brp week ikut requirements hospital yg berbeza.

tak pasti. tapi kalau nk bersalin kat mana kena buat pilihan yg cepat dan tepat. nanti kalau last minit tukar takut kena marah je. nanti blh bgtau nurse betul2 nk brsalin kt mana

before bersalin kena pergi book hospital swasta. 2x saya buka buku dkt kk tapi pilihan bersalin swasta. hospital swasta okeyje kita buka buku mana manapun

26w kena Checkup dekat dekat Hospital swasta dh … kalau x dorg x terima