Doctor KK

Asalammualaikum, harini saye nak bercerita sikit tentang doctor Kk yang dah buat salah tapi nak salahkan patient. Harini saya ada checkup kat kk. Sampai je dekat nurse, nurse bagi saya appointment untuk ke hospital sebab saya Ada masalah kurang ketinggian. Ketinggian bawah 145cm jadi kene refer ke hospital. Bila dah dapat appointment tersebut, saya dapat dekat hospital Gov A. tapi saya pernah bagitahu dekat doctor hampir 2 kali yang saya nak bersalin dekat Hospital Gov B. 2 minggu lepas, hari terakhir saya checkup, doctor takada pun tanya saya, nak bersalin dekat mana, doctor hanya tanya “ dah dapat appointment hospital? “ saya kata belum, dan doctor hanya diam sahaja. Harini tiba tiba dapat appointment hospital di Tempat yang berlainan untuk saya bersalin. Sampai di meja doctor, saya beritahu doctor “ boleh ke saya refer hospital Gov A ni, sedang kan saya nak bersalin di Hospital Gov B. Doctor teruss pandang saya dan terus berkata “ kenapa tak cakap nak bersalin dekat Hospital Gov B?! “ dengan nada sedikit tinggi, lepastu saya kata lah “ Saya dah bagitahu sebelum ni saya memang akan bersalin dekat sana “ Doctor tak bagi saya tukar pada mula nya sebab appointment telah di buat dengan Hospital Gov A. Lepastu saya kata lah “ suami memang nak saya bersalin dekat Hospital Gov B, saya bukan takpernah bagitahu, ini kali kedua saya beritahu “ Doctor masih tak puas hati, dan cakap “ Awak ni dah menyusahkan pihak hospital tahu tak, lain kali kalau orang tanya tu cakap, jangan diam je, bila appointment dah buat, dan dan nak tukar bersalin tempat lain “ Saya macam, “ salah aku ke kau ni “ Pastu saya ingat dah settle lah kan. Rupanya tak, dia sambung lagi dengan mengeluh dan berkata “ Awak ni memang menyusahkan betul, bila tanya diam. lepastu mengada ngada nak tukar tempat “ dan saya cakap lah “ saya memang dah cakap saya nak bersalin serdang, dekat doctor 2 kali, dekat nurse pun 2 kali “ dia diam. lepastu dia nak cop buku pink saya, dia hentak cop tu kuat kuat, patient dan doctor yang lain pun tengok saya. Malu sangat. Lepas tu doctor satu lagi tegur doctor yang tengah serve saya, sambil berkata “ boleh je kot kalau dia checkup Hospital Gov A, Nanti nak bersalin pergilah Ke hospital Gov B “ lepastu doctor tu terus tepuk dada dia sambil berkata “ sabar sabar, menyusahkannya “. Saya masatu memang rasa nak keluar je dari bilik doctor tu. Lepastu doctor suruh saya ambik buku pink dan keluar. Bila nak keluar doctor panggil semula untuk scan baby saya. Masa tengah scan saya ingat dah habis la kan, rupanya belum!!! Dia sambung lagi, dia kata “ kalau ikutkan saya malas je nak buat appointment baru dekat awak, sebab 1 awak dah menyusahkan pihak hospital Gov A, 2 pulak sebab nak ambil appointment tu kene email semua, susah tau tak? Kalau awak mengada ngada lepasni, memang saya malas nak layan awak, biar lah awak checkup kat sana “ pastu saya dah sakit hati, saya pun berkata lah “ tapi saya memang dah cakap saya nak bersalin kat Hospital Gov B “ doctor tu diam, lepastu dia tak tunjuk pun scan baby dekat saya, dia tak terangkan, baby ok ke tak. Berat baby berapaa, doctor yang lain selalu bagitahu perkembangan baby saya, tapi kalau dapat doctor ni, memang haram jadah la. Orang tanya dia diam je. Last sekali lepas habis scan baby, saya terus amek buku dan keluar. memang service doctor tu sorang je teruk. Memang tak pernah senyum kat patient. Baik takpayah kerja kalau macam ni. Sendiri yang salah, tapi nak tutup malu, marah patient depan orang ramai.

12 Balas

rasa geram pula baca luahan sis ni. setakat 3x sy pregnant,sy jumpa doc yg baik² semua tak kira dr SS atau dr semenanjung,cina,melayu atau india semuanya mesra pelanggan. kalau ada masalah senang je mengadu dgn mereka sbb selalu ada solution utk masalah yg sy hadapi masa pregnant. skrg doc yg incharge sy pun ok,malah over protective. awal² sy kena buat mgtt sebab doc tak nak ada masalah kalau buat lambat memandangkan ini kandungan ke 3 dan banyak risiko. ada masalah doc akan refer ke hosp secepatnya. memang sy agak rimas sbb doc ni sgt risau dgn patient,tp Alhamdulillah bila dgr luahan sis ni sy bersyukur sebab dpt doc yg mesra dan pandai jaga hati dan kesihatan patient. sabar la sis,doa yg baik² sja. mudah²an nanti bersalin dpt doc yg murah senyuman dan baik tutur kata dgn sis

Aamiinn aamiinn. Doctor yang lain semua baik baik. Cuma doctor ni sorang je. Dia tak berapa nak mesra alam sangat. Lepastu kita sebagai patient ni suka bertanya, dia pulak selalu diam je

doktor kk memang agak rude, mungkin terlalu byk patient sbbtu dorg mcmtu. Kalau tak silap doktor kk tu doktor biase, kdg2 MA je. Sy check up doktor kk tu langsung tak bckp dgn sy, tak bgtau condition baby, tak peduli bp sy tinggi, dan tak bg apa2 ubat walaupun sblm ni sy ada keguguran. Dia marah2 sy sbb datang buat buku pink lewat (12w), sy dtg lewat sbb dulu dtg awal kena marah jugak (8w).. sy pun takfhm, luckily sy check up swasta. pg kk nak buat buku pink je

Tapi dekat kk saya, dia je doctor paling rude saya rasa. Sebab saya dah 4 kali dengan dia. Ada juga dengan doctor lain. Yang lain semua peramah. Dia je bukan mesra alam. Ya awak kadang kita tak faham kan. Buka awal salah, buka lambat pun salah. Saya before ni checkup swasta jugak, 15weeks baru buka buku dekat kerajaan, sebab saya ada komplikasi sikit. Tu pun kene perli sikit dengan nurse, sebab bukak kat swasta. Katanya swasta mahak

mcm kes saya tapi saya tak ckp lgi nk tukar hospital sbb esok baru app kk . saya nk bersalin dkt hosp serdang tpi app pakar dgn hosp kajang tapi salah saya jugak sbb last minit nk tukar 🥹 bukan ape sbb hospital kajang tu hosp lama dulu tahun 2018 time mak saya bersalin kt situ pernah terbakar sbb litar pintas jadi mak pun risau harap dpt la tukar dkt hosp serdang sbb dua2 hosp ni sama je jaraknye

Saya dah 2 kali bagitahu. Patutnya doctor alert. Tapi tataulah 🥲 kita pulak dipersalahkan

VIP Member

hi mommy. dekat buku pink tu doc ada cop nama dia kan? report dekat sispaa je. doc tu akan diambil tindakan. https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Terima kasih awak, saya dah buat report

report doktor tu sbb tu dh melampau..awak dekat nak besalin kot.. bukan skli lgi tu awk dh bgthu tp dktr amik tak endah je..taknak krja takyah krja lah..duk je kat rumh

Kan!! Taknak kerja takyah kerja, geram saya. Btw macam mana nak report ya? Boleh ajar tak?

dekat kk mana tu. geram plak Kita Bila baca. klau rasa tak boleh nak hadap bnyak patient baik kau berhenti kerja je. duduk rumah.

Ya awak, saya pun geram sedihhh masa kene tu. Sebab saya tak sangka pulak dia tanya dah dapat appointment tu maksud nya dia nak bagi appointment, saya ingat saya yang kene pergi ke hospital untuk dapatkan appointment. Sebab ni pertama kali mengandung.

Rasa nak marahnya baca cerita awak ni sis 🥹 ape punya doctor la perangai mcm ni

Sepanjang saya checkup, saya memang berdoa taknak dapat dia, sebab saya dah 4 kali dapat dengan dia. Sepanjang pregnant hidung saya berdarah, hari hari mesti berdarah, saya bagi la tahu dia apa punca, bahaya ke tak, dia takpernah pun jawab pertanyaan saya. Kalau checkup baby pulak, dia takpernah bagitahu perkembangan baby.

TapFluencer

ni bukan sebab awk menyusahkan tapi nmpak sgt doc tu yg malas buat kerja

😢 saya cakap dengan suami, kalau di beri pilihan. kalau susah sgt nak submit appointment baru untuk saya, saya boleh pergi dengan husband ke hospital tu, amek appointment sendiri. Mungkin email tu susah bagi dia :)

Buat report sis 😠 kita baca kita pulak yang nak marah 😂

Dah report dear, geram kan. Saya geram ada sedih pun ada masa kene tu

ada nama dia kat tmpt cop kan, buat je report

Dah dear

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan