Tidak berpantang

Apa akan jadi yer bila kita x brpantang lpas brsalin czer? Jgn kata brpantang, berehat brbaring pun tidak! Baring hnya waktu tidur malam sahaja. Ibu² please advice. #pleasehelp #firstmom #ingintahu #firstbaby

19 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Amalina hantar WhatsApp kat Kak Mel tunjuk gambar baby Bella yang baru bersalin. Alhamdulillah tahniah Amalina dah selamat bersalin di London. Amalina kata ramai makcik bawang di Malaysia dok kecam Amalina sebab tak berpantang selepas bersalin? Kami pun tergelak je tengok kecaman makcik bawang ni. Jangan laa kutuk, kecam dan ugut ibu yang baru bersalin. Jangan laa jadi macam makcik bawang. Kita mesti sebarkan ilmu pengetahuan, wanita selepas bersalin memang tak perlu ikut amalan berpantang cara lama untuk kesihatan. Tak perlu ikut pun sihat je. Kita mesti hormat dengan keputusan wanita berdaya yang ada ilmu tinggi tentang kesihatan yang mahu ikut nasihat doktor pakar O&G bahawa tak payah ikut pun amalan lama berpantang untuk sihat. Wanita Malaysia mesti jadi empowered women iaitu wanita berdaya, supaya yakin membuat keputusan untuk diri sendiri dan tak takut di kecam oleh makcik bawang. Hanya makcik bawang saja ingat semua ibu di seluruh dunia ni berpantang mengikut amalan yang sama seperti makcik bawang, sebab makcik bawang tak buka minda dan tak pernah lihat cara orang-orang lain menjaga kesihatan selepas bersalin. Makcik bawang tu ingat Queen Elizabeth yang sihat sampai usia 96 tahun sebelum meninggal dunia tu berpantang selepas bersalin ke? Mai nak habaq, lebih dari 700 ribu ibu bersalin di negara UK setiap tahun, lebih ramai lagi dari ibu-ibu yang bersalin di Malaysia. Mereka tak pun ikut budaya berpantang selepas bersalin. Mana ada perkhidmatan bertunku berpilis bertangas di UK? Mana ada confinement ladies di UK? Memang pun semua ibu-ibu berpantang sendiri saja di UK sebab senang sangat selepas bersalin kalau tak payah ikut amalan-amalan yang menyusahkan orang. Makan je apa nak makan. Jangan sesekali buat tuduhan fitnah kalau anak menangis atau sakit, sebabnya ialah ibu tak pantang makan. Fitnah ini tak berdasarkan bukti dan hanya menyakitkan hati ibu yang baru bersalin. Doktor-doktor pakar tak pernah pun suruh ibu yang menyusukan bayi pantang makan. Cuba lihat page-page rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, mana ada nasihat selepas bersalin wajib berpantang? Tak ada pun. Jika wajib sudah pasti semua hospital-hospital di Malaysia tukar menu untuk ibu selepas bersalin dan bagi perkhidmatan urutan rahim bertunku berpilis bertangas dan tutup aircond di hospital sebelum ibu-ibu ini pulang ke rumah. Tetapi tak ada, sebab tidak perlu untuk kesihatan ibu bersalin. Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perhidmatan kesihatan wanita di negara UK, saya tahu rahim ibu-ibu UK kecut seperti biasa dalam masa 6 minggu selepas bersalin, tanpa mengurut rahim, tanpa bertunku, tanpa bengkung, tanpa pantang makanan yang makcik bawang dok buat fitnah mengembangkan rahim. Sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology yang memberi perkhidmatan kesihatan wanita di Malaysia, saya belum nampak apa-apa bukti yang kesihatan rahim dan dalaman wanita yang berpantang tegar selepas bersalin itu lebih baik dari wanita yang tak ikut tradisi berpantang selepas bersalin. Ramai je wanita yang berpantang tegar pun sakit bila tua dan kita rawat mereka tanpa perlu bertanya anda pernah berpantang selepas bersalin atau tidak, sebab itu tidak penting untuk kesihatan dalaman wanita. Saya bersalin dua kali di London pun tak pernah ikut adat berpantang. Orang Islam hanya perlu mengikut larangan membuat hubungan kelamin dan bersolat semasa ada darah nifas sehingga darah nifas kering. Tak perlu ikut amalan berpantang yang lain. Ugama Islam tak menyusahkan umatnya. Makan makanan yang sihat dan seimbang untuk seumur hidup. Memang pun kita patut elak junk food, tak kiralah budak-budak kecil, orang remaja, orang muda atau orang tua, lelaki atau perempuan, tak payah nak tunggu 44 hari selepas bersalin. Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar semua ibu hamil yang baru bersalin secara pembedahan Caesar dengan saya macam mana nak exercise dengan selamat selepas bersalin. Saya ajar mereka semua tak payah pun ikut amalan berpantang cara lama, jangan pantang makanan sihat seperti ayam, telur, seafood selagi tiada food allergy. Jangan sekat ibu yang baru bersalin minum air. Jangan paksa ibu yang baru bersalin baring-baring saja, mereka boleh berjalan-jalan. Yang penting sekali ceria memberi sokongan yang positif kepada ibu yang baru bersalin. Pahala ibu yang bersalin dan menyusukan anak ini sangat tinggi, kenapalah makcik bawang nak sengaja menyakiti hati ibu yang baru bersalin jika mereka tak mahu berpantang dan mahu ikut nasihat doktor-doktor pakar perubatan. Tak salah pun ibu yang baru bersalin bawa anak berjalan di taman, selagi elak tempat yang sesak dengan ramai orang. Yang tak digalakkan ialah makcik bawang yang sebuk nak berkunjung ramai-ramai tengok baby yang baru dilahirkan dan bawa pelbagai jenis virus melawat baby orang. Jangan sesekali tuduh ibu negara UK minum alkohol semasa menyusu untuk memanaskan badan. Hakikatnya ialah alcohol tidak memanaskan badan sebab kita manusia berdarah panas dan memang pun berdarah panas. Hakikatnya ialah alcohol tidak bagus untuk kesihatan dan doktor-doktor UK sudah pun menasihatkan ibu-ibu yang menyusukan bayi jangan minum alkohol. Kebanyakan ibu UK yang menyusukan bayi tidak minum alkohol mengikut nasihat doktor-doktor UK. Jangan ugut ibu yang baru bersalin kalau tak berpantang nanti sakit bila tua. Hakikatnya ialah ramai ibu yang tak pernah pun ikut tradisi lama berpantang tu lebih sihat lagi dari ibu yang ikut adat berpantang tegar. Purata Jangkahayat wanita-wanita UK dan wanita-wanita Jepun yang tak pernah ikut tradisi pantang macam kat Malaysia pun lebih lama dari purata jangkahayat wanita Malaysia yang berpantang tegar selepas bersalin. Memang ada banyak bukti tak payah ikut adat berpantang pun lebih sihat. Macam mana lah sekat ibu minum air, sekat ibu makan pelbagai buah dan sayur berkhasiat, sekat ibu makan pelbagai protein ayam dan telur, sekat ibu berjalan-jalan tu boleh menyihatkan mereka? Sebab itu hanya adat. Tak perlu ikut. Tak wajib ikut dalam Islam dan tak wajib ikut untuk kesihatan. Perubatan Moden ini memang pun selari dengan ugama Islam. Jadilah orang yang memberi sumbangan yang baik kepada orang lain dan doakan yang terbaik saja untuk orang lain. Di page saya, jangan jadi makcik bawang naaaaa. Sesiapa yang nak kutuk dan kecam ibu yang baru bersalin sebab tak berpantang mengikut cara mereka akan kena delete dan block. Kami doktor-doktor pakar perubatan menyokong exclusive breastfeeding 6 bulan untuk kesihatan jangkamasa panjang ibu dan anak. Tahukah anda exclusive breastfeeding mengurangkan risiko kanser dinding rahim, breast cancer, kanser ovari, mengurangkan berat badan ibu yang baru bersalin tanpa perlu pantang makanan dan mengurangkan diabetes untuk kedua-dua ibu dan bayi. Exclusive breastfeeding juga mengurangkan risiko bayi mendapat cotdeath (Sudden infant death syndrome), mengurangkan jangkitan paru-paru dan telinga kepada bayi, mengurangkan risiko eczema, leukamia, obesiti dan diabetes kepada anak. Tahukah anda adat yang sumbat mulut bayi sebelum umur 6 bulan dengan air masak, air kanji, pisang, bubur, nestum, air anggur, susu kambing itu memudaratkan kesihatan bayi. Exclusive breastfeeding itu maknanya hanya susu ibu untuk 6 bulan pertama, lepas tu baru lah bagi baby makanan pejal. Kalau tak boleh exclusive breastfeeding, boleh beri baby susu formula khas untuk baby, bukan sumbat makanan lain pada 6 bulan pertama. Doktor-doktor juga tidak galakkan extended exclusive breastfeeding yang keterlaluan sampai setahun atau dua tahun tak bagi baby makan langsung selepas 6 bulan, sebab ini juga boleh memudaratkan kesihatan bayi yang tidak dapat cukup khasiat makanan lain selepas usia 6 bulan. Exclusive breasfeeding hanya untuk 6 bulan. Selepas 6 bulan mulakan memberi bayi makanan pejal sedikit demi sedikit sambil meneruskan menyusukan dengan susu ibu secara sambil-sambilan sehingga usia 2 tahun, bukan exclusive breastfeeding sampai 2 tahun dan tak bagi baby makan sampai 2 tahun. Jika sayangkan ibu dan sayangkan baby, tak perlu ikut adat yang memudaratkan kesihatan ibu, mengurangkan kejayaan ibu untuk exckusive breastfeeding dan kemudian menyumbat mulut bayi pula dengan pelbagai makanan sebelum usia 6 bulan. Sebab itulah saya sokong maternity leave untuk semua ibu yang baru bersalin selama 6 bulan untuk menjayakan exclusive breastfeeding. Jangan kata kalau tak payah pantang tak perlu maternity leave. Buka lah minda anda. Women Empowerment 💕 Love our mothers, love our babies 💕 Dr Imelda Balchin Specialist Obstetrician & Gynaecologist (UK and Malaysia)

Baca lagi

“Dr Imelda, betul ke vitamin C suplimen itu penting untuk sembuh luka Caesarean Section?” Jawapan: Ini ialah AUTA. Saya tak pernah suruh patient saya makan suplimen tambahan vitamin C selepas pembedahan Caesarean Section. Semua jenis zat mineral termasuk iodine, vitamin, 20 jenis essential amino acid dari pelbagai jenis protein, dan serat itu penting untuk kesihatan keseluruhan anda. Saya bagi nasihat, makan makanan sihat yang seimbang, pelbagaikan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanlah pelbagai jenis protein termasuklah ikan, seafood, telur, ayam, kekacang, tofu, susu selagi anda tiada food allergy. Jangan lupa minum air dengan cukup dan jangan baring saja. Bangun berjalan-jalan. Kita perlukan makanan yang seimbang untuk sihat, tumpuannya ialah SEIMBANG. Jika telan vitamin C saja tetapi sebenarnya awak ada kekurangan darah merah, maka lambat juga nak sembuh. Jika telan vitamin C saja, tetapi awak tak cukup minum air dan ada dehydration, maka ini tak bagus untuk sel-sel anda. Jika telan vitamin C saja, tetapi anda sebenarnya ada masalah kekurangan vitamin D, maka anda tidak menyerap cukup calcium untuk membuat susu, maka calcium akan diserap dari tulang anda dan kepadatan tulang anda akan turun. Jika anda telan suplimen vitamin C saja tetapi tak makan buah-buahan, anda tidak mendapat cukup serat buah yang penting untuk kesihatan usus dan boleh dapat sembelit. Jadi, apa yang terbaik ialah REAL FOOD, Makanan sihat dan seimbang. Jangan makan berlebihan SATU jenis vitamin. Sekiranya ada satu makanan sihat yang dikatakan baik untuk anda, janganlah pulun makan satu jenis makanan ini sampai berlebihan. Ini boleh menyebabkan anda kekurangan zat yang lain. Anda masih perlu makan makanan yang seimbang untuk sihat. Hakikatnya tak ada siapa pun yang ada kekurangan vitamin C kecuali orang yang tak makan dan kebuluran. Susah sangat nak ada masalah kekurangan vitamin C ni, sebab banyak jenis junk food pun menggunakan vitamin C (Ascorbic acid) sebagai pengawet. Kesimpulannya: untuk sihat dan sembuh dari pembedahan dengan cepat, amalkanlah pelbagai jenis makanan yang sihat berkhasiat dengan seimbang. Tukar-tukar menu anda setiap hari. Jangan lah makan sayur yang sama setiap hati. Jangan lah makan buah yang sama setiap hari. Jangan lah makan lauk yang sama setiap hari. Kepelbagaian makanan sihat itu sangat baik untuk anda. Tetapi bersederhanalah, jangan makan berlebihan. Kebanyakan patients Caesarean Section saya, luka mereka sembuh dengan sangat baik, tak ada yang jahitan terbuka dan saya ajar mereka bagaimana nak mulakan senam-senaman dengan selamat seminggu selepas pembedahan. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Dr Imelda Balchin Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for women empowerment Marathon Runner

Baca lagi

insha'Allah tiada apa sis selagi tiada bleeding, jaga luka sentiasa keadaan kering lepas mandi, rahim kecut cantik, jaundice baby turun. sy emergency czer, kluar wad terus kne travel kL- Jhr (balik rumah mertua) walaupun dah requested nk rest kejap kt rumah sndri sblm travel. xpantang ape kecuali mknn allergic. semua handle baby buat sndri (atas kehendak sndri). pantang org lama terlalu bnyak, dngar je(iya kan tp sy tak follow). nasihat sy, ikut kehendak awak hati n mkn (kenali badan awak ape yg awak allergic) ape saja boleh mengembirakan awak. contoh sy suka mkn durian n ubi ketok manggis (masa tu tgh musim, baru bersalin seminggu lebih.. tgok line clear, test sikit dlu, susu meriah n pekat, sbb happy kan mkn mknn kegemaran. line clear je naik tocang)happy tummy susu awak meriah. tiada pantang ape, mandi air sejuk mcm biasa, minum air sejuk mcm biasa. depan org tua je jd solehah. urut2 tiada, jamu tiada, semua tiada till skrg. portion makanan carbohydrate mcm nasi amek sikit je untuk elak sembelit teruk. air plg penting, jgn culas. support suami penting tp bila dia kne kembali bertugas/bekerja dia wajib dgr awak curhat. kenali jenis baby languages juga. bila dpt beza awak tahu ape patut buat. baby tido awak pun tido taw, redeem tido. mmg penat, tak payah cerita. tummy time baby wajib buat, alhamdulillah tiada isu baby kembung perut. emosi kita kne jaga, mmg mood huru hara n cepat triggered sekecik bnda n rebellious ase nk gaduh. kalau husband boleh teman, better susahkn dia dr melibatkn org lain. susahkan aje dia dr segala benda. jgn bagi dia sedap2 tido🤣.kita sama2 1st time parent with 1st baby. hidup harus lah huru hara, itu biasa... all the best kehh.. 😅

Baca lagi

Saya pun bersalin czer, baru 32 hari. Pun tak berpantang sgt. Berurut, tungku, tangas bagai tu semua tak buat lg. 2 minggu pertama haritu mmg tak lekat kat rumah. Hari² ulang alik KK pagi dan petang utk cucuk heparin. Tghri dan petang sebelum gi cucuk heparin, ulang alik hospital pulak sbb anak kena tahan kat nicu sbb kuning. Bila anak dah discharge, berulang ke kk pulak utk check kuning lg. Anak saya prolonged jaundice. Alhamdulillah, luka czer saya pun dah okay, sakit pun dah tak rasa. Skrg ni pun saya dah mula memasak n buat kerja² rumah yg tak berat. Makan pun saya makan je mcm biasa yg saya makan sebelum n semasa mengandung. Yg penting kita tahu apa benda yg kita allergic n tak boleh makan. Masa kat wad pun, nurse n doktor mmg akan suruh kita byk bergerak, jgn baring je. Kalau asek baring tu la yg lg lambat nak sihat. Masa saya kat wad, ada mommy yg dah lepas czer masuk semula wad sbb luka dia membengkak dan terbuka balik. Nurse bgtahu sbb dia tak byk bergerak dan asek baring je. So blood circulation tak cantik, jd darah beku kat tmpt luka tu. Tu yg kita taknak. So, better live a healthy lifestyle, banyakkan berjalan, makan makanan yg sihat dan seimbang. Insya Allah tak berpantang pun takpe. Jgn buat kerja² berat je la. You know your body well. Buat ikut limit badan kita. Kalau rasa tak boleh, jgn buat.

Baca lagi

saya pun x bpantang sgt masa bulan 3 tu. sbb mcm x b'asas je pantang larang org dulu. stress jugak laaa sbb mak ada kan, n bebel. memang rasa mcm nk meletup otak masa tu, tp tahan je. nak tau apa pantang larang mak saya? - x boleh tdo sebelah suami, xboleh sentuh/pegang suami, x boleh salam cium suami 😑 - sapu/makan minyak meroyan. minyak yg ada baca2 tu 😣 - x boleh pakai kipas - x boleh mandi sampai hari ke-7, hari ke-7 mandi. pastu kena tunggu hari ke-20 baru boleh mandi lagi. kiranya selama tempoh bpantang tu 3-4 kali je boleh mandi. - x boleh pakai baju bersih (sbb nak sapu2 minyak meroyan tu seluruh badan) -bila ada family dtg nak ziarah, mula laaa mak saya bising sbb saya pakai baju bersih/pakai kipas andddd banyak lagi, sampai saya rasa nak meletoppp. yg buat mak saya marahhh sgt, 1 pun saya x ikut cara dia. saya mandi, saya pakai kipas, suami g keja saya salam cium tgn/pipi. saya pakai losyen stretchmark. mak saya masak 1-2 pagi, saya dh la x boleh tdo sbb baby selalu tjaga, of course saya bersin sbb bau masakan tu mcucuk sgt. bila dgr je saya bersin, mak saya cepat2 dtg n tanya kenapa bersin. saya ckp la bau tu mcucuk dlm hidung. mak saya tanya sbb dia nak cakap saya meroyan sbb x ikut pantang dia. stress plak bila ingat balik 😂

Baca lagi
2y ago

Sy yang baca ni sama naik stresss 😂 pantang org dulu2 ni hmmm part xboleh mandi tu lagi la xleh brain 🫠

sye pantang makan je sbb mmg ada allergy..yg lain2 yg mcm x logik org2 tua dulu tu sye x ikut la mcm yg x bole mandi tu kan..pdhl kita tgh nifas,takkan nk cuci tukar pad je..badan berpeluh..fuhh..x sanggup.. urut tu ada nk buat sedap2 badan,release tension sbb mengurut kn best..hehe.. bertungku tak buat lagi tapi betullah,rahim sye dh kecut sbb kerap susukan baby,bkn sbb bertungku...mandi air panas buat sedap2 badan je,bkn sbb ikut petua org dulu2..lgpun doktor ckp mandi air panas bole buatkan susu jadi lagi lancar..tp skrg sye dh start mandi air paip..suami dh keje,x dan ler nak mengangkat ceret air panas bwk masuk bilik air bancuh dgn air paip...ergh malas dah😂 mandian herba mcm nk try..mcm best je kn ala2 kat spa..tp tulah,x menyempat lagi sbb suami dh keje😂 kerja rumah pun dh start buat,yg ringan2 jela mcm masak lauk simple,sapu lantai..kemas katil lepas bangun tido..basuh baju pun sikit2 angkat dan jemur,jgn angkat penuh 1 bakul...lipat kain petang2 sambil borak dgn baby yg tgh tido😂 pastu siap lipat kain,kacau baby kejutkan sampai lepas maghrib baru bg tido balik😂 so x de la asyik terlantar je melainkan tiba2 mood malas datang..hehehe

Baca lagi

Saya jugak czer & tak “berpantang” sangat. Tapi kena dapatkan rehat yg cukup sbb badan baru nak recover. Bcs it helps to heal the luka as well. Kwn kwn juga soalkan kenapa saya mcm tidak berpantang, sbb nya sehari lepas discharge sudah dipanggil ke KK utk check up kuning, luka, etc, jadi sudah terbiasa bergerak. Tapi mmg digalakkan utk bergerak tapi jgn terlalu aktif / angkat brg berat berat. Untuk makan saya ambil ikan/ayam/daging di grill/sup/steam/bakar + a lot of sayur hijau, cendawan enoki + buah oren (wajib) + nestum/milo. Alhamdulillah luka cepat sembuh, sekarang tinggal yang hujung je which nurse kata bahagian tu mmg ambil masa.

Baca lagi
VIP Member

saya bersalin tahun 2018 scra czer.. pntg seminggu je...tu pn sbb bdan letih sbb czer.. lpas seminggu.. luka jhit dh xsakit.. xdenye pntg...xpenah pkai bengkung pn.. pilis param pn ikut mood.. nk mkn rebus atau bakar je...jamu ape sume xmkn.. ntahlh.. sya jge seminggu je...semata² nk bg luka czer kering.. lpastu.. dh jd mcm biasa.. xde pn gne sweater stikin bagai.. xde tdur btal tnggi atau xleh tdur siang.. nk tdur...tdur.. xnk xtdur.. klu ikut sngt pntg.. mmng bleh stress.. xpsal kne bby blues..

Baca lagi

Saya bersalin secara czer dan tidak mengamalkan pantang. Saya 100% mengikut kata Dr. Imelda. Boleh search FB dr imelda dan search keyword tertentu, lagi senang untuk dapat info post dari doctor. Tapi kalau baca semua post doctor pun lebih baik. Byk ilmu boleh dapat, dan boleh bidas balik kenyataan org pasal pantang dengan cara berilmu. Alhamdulillah saya active, sihat, tidak stress selepas bersalin & tak ada masalah kesihatan.

Baca lagi
2y ago

Betul. Saya pun byk ikut apa yg dr. imelda cakap. Dan sebenarnya, berpantang ni lg menambahkan stress sbb byk sgt pantang larangnya

cuba awak refer posting dekat fb doctor imelda balchin. pakar o&g. awak akan dpt info berguna. xperlu berpantang teruk2 pon. makan makan seimbang. amalkan pemakanan suku suku separuh. bukan org ceaser mmg kena berjalan byk ka utk mengelakkan berlaku darah beku. so xperlu risau. malam awak boleh rest betul2 okay

Baca lagi