NATURAL BALM VS MINYAK TELON

Antara minyak telon dan natural balm, mana lebih baik?? Bagi kirah, kirah lebih suka natural balm. Sebab: 1- Mudah dibawa. Tak perlu risau tertumpah dalam beg. 2- Dalam bentuk pejal dan tak tumpah. Kalau anak main pun paling kurang dia calit² aje. Tak tumpah macam minyak telon biasa. 3- Bahan² premium dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Antara bahan2nya adalah shea butter, bees wax,coconut oil,olive oil, lavender oil, bergamot, cedarwood oil, sandalwood oil dan pelbagai lagi bahan² semulajadi yang dijamin selamat untuk kulit bayi. 4- Tidak menyebabkan keradangan pada kulit bayi. Tak suka minyak telon sebab: 1- Mudah tumpah. Kirah ingat lagi ada kes sorang ibu tertumpahkan minyak telon pada mata bayi berusia 3 bulan. Mujur cepat² bawa jumpa doktor. Disitu dah nampak risikonya guna minyak telon. 2- Tak travel friendly. Selalu tertumpah jika salah tutup atau tidak meletakkan dalam keadaan yang baik. Selalu tengok beg baby mesti ada kesan tumpahan minyak. 3- Tak selamat untuk anak² kalau kita terletak minyak telon ditempat yang tak sepatutnya. Anak² yang suka explore mudah tertarik dengan pelbagai benda. Jadi minyak telon boleh tertumpah dan menyebabkan lantai licin. Bahaya kan? 4- Bahan² belum tentu selamat untuk kulit bayi terutamanya bayi yang mempunyai kulit sensitif. Ada beberapa orang ibu pernah mengadu yang anak mereka tak sesuai pakai minyak telon sekian sekian. Akibatnya badan anak melecur kerana kuantiti bahan tidak sesuai dengan usia bayi. Perkara begini bukan semua ibu² tahu. Kebanyakkannya ibu² yang pertama kali menimang cahaya mata. Okay itu je kirah nk share kebaikan baby balm dan keburukan minyak telon bagi perspektif kirah sendiri. Jangan pulak ada yang kecam ye. Ini pendapat peribadi. #VoteForBabyBalm #HoneyOliveBabyBalm

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!