Anak kurang selera makan

anak saya umur 2 tahun,anak kurang selera kalau dengan nasi..bagi maknan lain pun ikut mood nak mkn..yang merisaukan saya..berat badan menurun..any suggestion nk bg makan apa@ boleh ke bg supplement tambahan unutk bg selera makan

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi mommy. saya share dari pesanan dietitian ye. mommy boleh refer sini👇 FAKTA SUPPLEMENT ANAK 'Saya beli supplemen sebab anak tak cukup makan dari sumber real foods' 'Saya bagi anak supplemen nak naikkan selera makan' 'Saya bagi anak supplemen sebab sekarang banyak penyakit luar sana...' 'Saya bagi supplemen ini sebab iklan kata boleh jadikan anak lebih pandai dan fokus dalam pelajaran..' Ada ke mommies tergolong dalam kumpulan di atas? . . Selepas tanya pendapat mommies di media sosial masih ramai yang salah anggap fungsi supplemen dan menyalahgunakan supplemen tersebut untuk anak anak Berikut fakta supplemen: Supplemen yang dijual di pharmacy yang SAH mengandungi MICRONUTRIENT seperti zat dan vitamin Tujuan Untuk melengkapkan zat ini yang tak dapat nak ambil dengan mencukupi dari diet akibat keadaan tertentu sepeti 1. Sakit (demam ,selsema, iron deficeincy anemia etc) 2. Penyakit tertentu yang memerlukan zat tersebut dalam kuantiti yang lebih contoh kanser etc 3. Tidak boleh makan untuk memenuhi keperluan secara mencukupi contoh koma TAPI SUPPLEMEN 1. TIDAK BOLEH Naikkan berat badan anak . . Supplemen mengandungi MICRONUTRIENT yang tiada kalori Yang menaikkan berat badan adalah kalori yang datang dari gabungan karbohidrat,lemak dan protein. Kalau ambil supplemen untuk tujuan naikkan berat tiada gunanya.... 2. TIDAK BOLEH BERFUNGSI DENGAN BAIK tanpa real foods . . Anda sentiasa focus untuk ambil vitamin C nak kuatkan immuniti tapi lupa vitamin C fungsinya apa.. Ia MENYOKONG sistem immuniti tapi bukan pertahanan utama Nak bagi immune sistem kuat bukan saja Vitamin C tapi perlu antioksidan lain seperti Vitamin a dan E, perlu sumber Protein yang merupakan building blocks utama kulit,tisu,darah dan macam macam lagi. Anda ambil vitamin C tapi masih tak amalkan diet yang sihat dan seimbang vitamin C tu takkan fungsi dengan baik . . 3. BUKAN UNTUK ANAK PANDAI DHA banyak dalam bentuk supplemen sekarang dan YES banyak kajian menunjukkan DHA mampu untuk meningkatkan kecerdasan otak anak. Tapi yang utama datang dari stimulus kepada otak bukan DHA sahaja. Stimulus datang dalam bentuk - komunikasi - hands in bermain - problem solving (menyelesaikan masalah) - main di luar - bertanya Anak anda makan DHA setiap hari tapi stimulus hanya datang dari gadget. Sukar untuk meningkatkan kecerdasan otak anak nanti. Mak ayah pun tengok fon je...mana datang stimulus komunikasi... . . 4. TIDAK CUKUP UNTUK NAIK SELERA MAKAN Lysine antara zat yang dikatakan boleh naikkan selera makan. Tetapi mengikut carian kajian saya (boleh juga jika ada yang jumpa) tiada kajian terhadap keberkesanan lysine untuk meningkatkan selera makan dalam manusia Yang ada hanya dalam haiwan... Anak anak akan berselera jika mereka - makan on time - aktif dan menggunakan tenaga yang diambil dari waktu makan sebelumnya - menu yang balanced Maka zat ini masih belum dibuktikan berkesan sebagai appetite stimulant dalam manusia atau kanak kanak SEMUA YANG ADA DALAM SUPPLEMEN ada dalam real foods Galakkan anak makan real foods... Antara tips tips. 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇 1. Jangan paksa anak untuk asik makan menu yang sama..asik nasi nasi nasi....kalau anak nak makan pasta silakan, tapi buatla jadi balanced 2. Sentiasa ada buah standby 3. Sentiasa ada air masak dalam botol standby 4. Jauhkan/sorokkan/simpan/jangan beli sumber yang tak sihat macam jajan,chocolate,gula gula..OUT OF SIGHT OUT OF MIND 5. Galakkan mereka aktif main di luar. Good luck mommies Jangan asik bergantung pada supplemen je tau.. Sekian Dietitian Fizah Sobri

Baca lagi

bagi mkann tambhan.. vit c, susu fermula dan biasa budak 2tahun ni.. dia xmau mkn selagi tak berak, so tengok pemkann anak juga.. kalau hari ni dia mkn bnyk.. besoknya blm. berak.. kena bagi mkna sikit pastu bagi susu fermula kerap kali la.. bagi berak.. selesakan perut dia. kena pantau pemaknan.. biasa kalau sy kalau anak tak berak lagi or tak nak mkn.. sy buat bubur mcm makann 6bulan.. ni cara sy la.. tak tahu kalau mommy2 yg lain..

Baca lagi
VIP Member

Pendapat saya, sementara dia x ada selera makan. Bagi sahaja makanan yg dia suka. Tpi dalam makanan dia suka tu selit sikit2 makanan yang lain. Contoh kalau anak x suka makan nasi. Tapi anak suka makan ayam. Gaulkan ayam dgn nasi. Tapi lebih kan ayam.

VIP Member

Pelbagaikan menu. Anak mmg akan masa reject makanan kebiasaan. Pikat dari segi presentation mengikut cartoon kesukaan. Warna pun main peranan. Boleh guna warna semulajadi mcm dragon fruit, ubi bit, bunga telang, kunyit dll

samalah anak saya sis. bila da umur 2tahun dia xnak nasi.. tp lain nak cth mihun, mi kuning, roti,biskut... tp nasi dia akan makan klu saya blend halus bergantung pd padanan lauk nya

sy bagi anak minum susu fernleaf 1-3 tahun...anak sy umur 2 tahun...dia lepas menyusu susu ni,dia akan kerap minta makan...

9mo ago

jamah

umur 2 tahun dh blh bg vitamin kanak2 mcm appeton tu. bwh 2 tahun jgn. bg sebiji atau 2 biji bergantung nasihat doktor

sy sentiasa pelawa dia mkn.. sy mkn je, sy pelawa sama hehe..

campur nestum dalam susu..3 sudu atau 2