Sembelit bayi 7 bulan

Anak saya sekarang minum susu lactogen saya perasan sejak dah makan solid food ni dia jadi sembelit. Berak tahi keras. Adakah disebabkan susu? Kalau kena tukar susu susu apa yang bagus untuk bagi dia lancar membuang & naikkan berat badan dia sekali. #firstmom #pleasehelp #ingintahu

7 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anak saya 7 bulan juga. Minum dupro. Jangan focus susu. Check semula pemakanan anak. Adakah awak ada buat double karbo? Kurang serat atau fibre? Anak saya tak nak pisang, nanti sembelit. Tapi dia boleh makan nasi campur carrot/brokoli/kentang. Takde masalah. Ada budak takboleh, nanti sembelit. Anak saya kurang minum air masak tapi saya bagi buah yang ada kandungan air tinggi. Macam honeydew/singo pear

Baca lagi
12mo ago

betul 💯 kalau anak kurang minum air, bagi buah yg tinggi kandungan air.

Biase kalau baby dah start makan mmg akan ade masalah sembelit. Kena check balik awk bagi makan ape. Bukan sebab susu jugak. Food intake kena balance. x blh carbo dgn carbo. Carbo + protein okey. Air masak kena cukup.

awak jangan tengok pada susu sahaja. tengok juga pemakanan baby awak. food intake baby mcm mna? baby ada minum air masak tak? tengok mknn yg awak bg ada carbo dgn carbo x. kena carbo dgn protein.

tak silap sy kena bg air masak byk juga. makanan pun kena tgk juga. cth bubur nasi jgn tambah kentang. sbb tu karbo + karbo. yg mcmtu akan buat baby senang sembelit.

bagi air masak byk² sis. rasanya susu takde kaitan kalau dah baby tu 6 bulan ke atas sbb dah boleh mkn.

lebihkan serat dlm makanan anak , air kene minum banyak .. jgn lupa urutan tuk cegah sembelit baby

Food intake okay tak?