MIX BF DAN FM

Anak saya nak masuk 2 bulan 14 hari. Baru sahaja mula df sejak beberapa hari lepas secara tak dijangka, mamanya memang nak bagi full fm dah sebab susu badan dah berkurangan (ebm). Memang sebelum ni dah mix ebm dan fm melalui botol. Tetapi saya mula keliru bila bayi dah boleh df. Bila cuba bagi seharian tu df, anak macam tak kenyang tapi masih bagi cue nak menyusu dan bila topup sedikit fm baru tidur dan berjaga tanpa menangis / merengek. Sekarang ni tengah malam sehinggal awal pagi sahaja saya df. Selainnya saya bagi fm. Ada tips dan nasihat untuk saya? Terima kasih.#1stimemom #bantusharing #firstbaby

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sebenarnya puan, kandungan susu fm lagi 'berat' berbanding susu ebm, ank bila minum susu badan, dia mudah sgt berak dan kerap lapar, sbb susu bdan 'ringan' sifatnya tapi khasiat dia brganda utk baby.. bila minum susu fm, sifatnya 'berat' maka anak mudah tido lena sbb dia kyg la, mcm kita yg dewasa bila mkn benda berat mula mata kuyu dan mngntuk kan? mcm tu la bby..hehe.. sy xde nasihat utk puan, anak sy pun meragam jenis high need bby, kdg ade rasa nak bagi susu fm jek bia senng tdo, tpi sbb sy lebih suke mnyusukan bdan, so trpaksa la pdam niat nak susukan fm..hehe. ikut puan la mana yg puan rsa selesa, mana2 pun boleh asalkan bby sehat dn kita gembira..😘

Baca lagi
3y ago

kalau susu badan..mkanan kena jaga..kalau tk efek dgn anak..huhuh skg mcm mana nk hentikan tk ada air susu...pagi hingga ptg tk susukan anak..mlm bru susu...

Sama dgn saya. Baby 52 days dah mix bm and fm. Bila df, dia mmg mcm xkenyang n sy akn topup fm juga. Br dia lena nk tdo. Tmbahan susu sy xberapa meriah. Mgkin juga faktor baby yg kurang sabar myusu dan xpndai latching, jd sy pn kurang bf dr mula. Hanya pam shj. Jd bila baby da pndai latching, still dia masih cue nk lg lps df. pape pun, pd sy asalkan baby kenyang n sihat, bm ke fm ke pun ok.

Baca lagi
3y ago

Ye betul. Saya pun rasa saya masih belum mahir dalam latch tu. Banyak ilmu lompong utk pengalaman pertama ni. Moga dapat lebih banyak ilmu andai ada rezeki kedua. InshaAllah. Betul betul. bm ke fm ke tak kisah. Yang penting anak anak sihat 💪

ya saya pun ada masalah lebih kurang begitu..anak saya 2 bulan 3 hari..dia mcm tk kenyang kalau hnya bf kena top up fm bru rasa selesa

3y ago

Dilema kan. Macam saya risau overfeed. Boleh rujuk komen ibu diatas, betul juga tu. Sahabat saya pun pesan fikir cukup untuk bayi dan perhatikan tanda tanda bayi cukup susu macam pampers basah. Cuma saya kesian dan risau tengok anak macam tak kenyang. Dan saat saya balas pada komen ni, dalam masa dua hari dia tolak df pula semula 😂 Anak ooo anak.