20 Balas

Kenapa eh?? Dorang yg jaga anak sis ke?? Perkara ni menyusahkan dorg ke?? Yela sbb susu campur kan.. nak kena campur susu badan dgn susu fm tu, bukak sini masuk dlm botol sana.. Bukak sana masuk plk botol sini.. Gitu?? Jadi dorg rasa terbeban ke camne?? Anak baru 1 bulan sis.. Bukan setahun, bukan 2 tahun.... Kalau sis kurang susu, buat lah apa cara pon bg susu tu penuh, teruskan marmet, teruskan minum air buah longan kering + kurma Merah tu (masak sendiri je) Sis mkn lobak putih, makan milk booster MaMom tu, dan teruskan pam susu badan sis dan teruskan bagi susu badan.. Nk dengar cakap org kenapa eh?? Anak dorg ke anak sis?? Boleh Google sis, apa kebaikkan susu badan pada anak... Susu kita ni immune utk anak, InsyaAllah kurang penyakit singgah kalau kerap bagi... Maaf lah sis kalau bahasa sy kasar sikit... Sy cukup x suka kalau mertua atau ipar duai ikut campur urusan laki bini... Kdg dorg ni ada bagus nya, ada tak bagus nya.. Iaitu blh mendatangkan kemudaratan pada kita, dan kadang mereka blh juga menyenangkan kita.. Apa2 pon, sis fikir lah sebaiknya.. Anak kita, kita sendiri je yg tahu kondisi anak kita.. Kalau apa2 jadi, xde sape akan bertanggungjawab melainkan kita sendiri sis... Seeloknya sis bg je susu badan sampai umur 2 tahun ya.. Sy sokong sis...

tQ sis bg pendapat & komen yg positif. .saya hargai sangat²,😭😭❤️❤️

saya anak pertama bekerja juga & cmpur susu bdn n formula. tp lebih byk susu bdn la..sy akn pam ditempat kerja & bg pengasuh susu bdn sy..kdg2 je bg susu formula bila masa susu drop. tp mmg susu bdn sy byk, alhmdulillah..smpai suatu saat sy rasa letih sgt nk pam susu..sbb ank xnk direct..walaupn dkt rumah, sy tetap pam & bg dlm botol..lama kelamaan sy ada kekgn nk pam susu dtempat kerja..sy stress juga..sy pn stop susu bdn berperingkat..lps dah fully stop tu, rasa menyesal sgt2 sbb stop 😭 susu sy mmg byk.. tp sbb bdn xlarat asyik nk pam siang mlm, sy stop..tp mmg sy mnyesal sgt2..byk kelebihn susu bdn ni..puan jgn stop ya..kuatkn smngt..insyaAllah itu yg terbaik..pemberian dari Allah..benda free je tu..syg sgt2..

bg sy selagi ada rezeki susu bdn teruskan susu bdn.. bby msih sbulan lebih.. kalau dah 6 bulan lebih ke mungkinlah boleh prtimbangkan.. selagi susu bdn ada, bg la.. org kata tu antibodi untuk bby..kalau vaksin mungkin xdemam/xdemam teruk.. org kata la.. mcm sy mula2 bg susu formula je kt bby.. tp prasaan rasa sedih sbb asyik sumbat susu formula je.. lpastu selang2 bg susu bdn yg dah pam dgn susu formula..ni skrg Alhamdulillah fully susu bdn.. ada je ibu yg tringin nk bg susu bdn tp ada msalah2 trtentu .. kita yg ada susu bdn ni selagi ada , bgi..

tak pernah dengar lagi bagi susu badan effect kembung baby.Kalau susu fm yerlah, pernah dengar kembung sebab tak sesuai. 😅 Mak mertua silap tu, sepatut suruh benti bagi susu fm, bukan susu badan.🤭 Kalau kembung cuba selalu letak minyak kat perut, belakang badan, betis, tapak kaki. Setiap kali menyusu badan or fm wajib sendawa kan baby sampai dia sendawa. Baru dia selesa dan tak kembung. Buat urutan cycling or I Love U kat baby. Kalau tak pandai boleh tengok YouTube. Good luck mommy. 💪

ushh baru 1 bulan lebih . kenapa nak putus kan susu ibu . lagi bagus la susu badan pun . takpa . bukn semua rezeki baby dpt susu ibu 😢 jangan sis . tolong .. kesian baby tu . susu ibu paling mahal di dunia tau . Atau mungkin alasan tu sbb diorng tak selesa sis bagi susu badan dalam rumah tu ke .hm kena fikir masak2 tu , sama ada berpindah atau abaikan permintaan mertua and ipar duai tu .

TQ sis bg nasihat & semangat. .insyaAllah akan di teruskan penyusuan.

TapFluencer

Teruskan menyusukan anak mommy. Tak perlu pun stop bagi susu badan. Mommy boleh pam lepas tu jika mentua tolong jaga boleh minta mereka bagi dalam botol. Sekarang mudah je ada warmer tapi set berapa banyak susu nak letak kt chiller. Takut rosak kalau letak banyak di chiller. Berharga susu mommy kalau tak bagi anak kan

tQ sis bg pendapat & nasihat.Semangat nk teruskan penyusuan,bila ada sokongan positif.❤️❤️❤️

ingatkan 1 tahun 24bulan tadi, rupanya 1 BULAN. berdosa kalau kita stop susu tanpa sebab selagi kita mampu. bab kembung tu bukan punca dari susu ibu tapi cara susu botol diberi. ank menangis bukan sebab kembung semata-mata.. susah lah nak didik org tua bab ni. sebab depa fikir aku dulu mkn garam aku tau la ..

ooo baik2

TapFluencer

Tindakan campur susu formula dan susu ibu ok dah tu. Masa bekerja susu formula, malam susu ibu. Rugilah ada susu sendiri tak diberikan pada anak, kan... Saya tertanya, apa alasan mertua dan ipar menasihati awak berhentikan penyusuan ibu? 🤔

Sama2 🌻 Cadangan dan pendapat saya: kembung perut tu blh atasi dgn letak minyak (sy guna minya Bebe atnugerah), buat senaman kaki cycling pada baby) selepas/ sebelum tidur/ sebelum tukar diaper. Kerap menangis, mungkin dia tak cukup tidur /nap time. So, kena tahu waktu jaganya berapa banyak sesuai ikut umurnya.

Whatever it is, susu badan always pilihan utama (dekat tin susu pun ada tulis 😋) even campur campur pun, susu badan still the no 1 choice kenapa nak stop susu badan if ada enough supply of susu badan? Even the very last drop bagi je susu badan ☺️

tQ sis bg semangat !! rasa down juga bila org sekeliling xda bg sokongan positif dlm penyusuan ni.

bekerja tak salah... boleh pam dan buat stock susu baby.....selagi ada susu badan, elok terus kan je penyusuan dada perah....sebab nanti anak antibodi kuat, gigi pun susah rosak.... bila demam x melarat....

Soalan popular

Artikel Berkaitan