Anak tak bagi jemput sekolah, alasan dia nak nangis kalau mama jemput

Anak saya baru masuk tadika, 4 tahun... Awal2 mmg dia menangis tahap tak boleh pujuk... Tetapi skrg agak ok sedikit dgn syarat mak saudaranya yang hantar dan ambil...bkn saya atau ayahnya. Saya tanya pada anak saya, mengapa saya tidak boleh jemput dia, dia ckp nanti dia nangis. Sedihnya saya. Ada pendapat atau nasihat tentang situasi saya. Tq

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau itu pernohonan anak jadi kita cuba hormati keputusan dia. anak pun seorang manusia yg mahu pendapatnya didengar. mungkin bila waktu yg sesuai cuba heart to heart dengan anak kenapa dia minta begitu. mungkin mmg betul dia nak elak dari dia rasa sedih yg berpanjangan. kita pun kena cuba faham situasi anak dari sisi pandangan dia juga. kalau dia masih berkeras untuk mak saudaranya ambil, so ok tanya la berapa lama? awak nak satu minggu ke dua minggu? cuba bagi option. jgn tanya soalan open ended. kalau awak dah seronok masuk sekolah boleh tak ibu atau ayah pula ambil awak? bagi timeline juga bila awak boleh ambil dia so dia boleh expect yg bila dia dah sesuaikan diri jadi awak boleh hantar ambil dia pula

Baca lagi
9mo ago

wah... terima kasih atas saranan awk... nantilah sy slow2 cakap dgn dia.... I really appreciate it..