25 Balas
Kerapkan susu. Sama macam experience saya. Anak kena kuning sampai prolonged Jaundice (lebih 14 hari), anak saya pun jenis yg berak sekali dalam 7 hari, lepas tu berak sekali lagi dalam 14 hari, lepas tu berak sekali lagi dalam 7 hari kemudian. Full breastfeeding masa tu. Macam2 buat nak turunkan kuning. Orang suruh mandi kan dengan herba cina, kita mandikan. Orang kata mandikan dengan daun kucai, kita mandikan. Apa saja herba mandian kuning yg ada kat pasaran kita beli. Tak kisah harga, ikhtiar punya pasal. Kita sebagai ibu minum susu kambing, kita minum. Makan anggur hitam, hijau semua buat. Still kuning lambat turun. Anak kita tu sampai lebam tangan kiri kanan, lebam tumit kaki kiri kanan kesan kena cucuk jarum untuk ambik darah. Kita yang tengok pun tak sampai hari, dia meraung2 menangis kena cucuk jarum. Last2 saya akur jugak dengan desakan mak mertua saya untuk campur susu formula untuk baby. Alhamdulillah, baby saya jadi berak dengan kekerapan yang normal dan kuning pun turun. Masa tu saya pun bagi baby saya susu karihome.
Mengikut pengalaman sy handle anak kuning naik turun selama hampir sebulan, sy hari2 buat eksperimen. Apa yg sy dpt simpulkan, 1. Kerap bagi susu. Susu badan & susu formula. Try 1 hari bagi susu badan je. Tengok bacaan mcm mna. Try pulak 1 hari susu formula je, pd masa yg sama pump susu badan utk elak bengkak susu. Jgn takut bg susu formula. Bila anak dah fully recover, stop susu formula, cont terus susu badan. 2. Kalau boleh susu badan tu kita pump, supaya kita tau berapa banyak anak kita minum. Start dgn 1oz..pastu naik 2oz..kadang2 anak menyusu lama rasa mcm dah banyak minum kan, tp sebenarnya tak. 3. Mandi dgn air rebusan kayu sepang. Kayu tu kalau kita rebus air dia jadi warna merah. Mandi dgn air zamzam pun ok jugak. 4. Bila mandikan jangan pakai apa2 sabun/syampu. Pastu jgn apply apa2 lotion/minyak panas/baby oil. 5. Elakkan pakaikan baby baju yg ada warna kuning. Ini petua la. Xtau betul ke x..kita ikut la try n error je 6. Banyakkan doa. Mungkin x sedar kita ni dah jadi ibu. Doa seorang ibu xde hijab. InsyaAllah....
Kakak sy dulu mcmtu. Lepas tu dia cube cari serbuk mutiara utk jaundis baby dekat kedai cina. Bancu serbuk tu dg air 1 botol 1500ml. Lepas tu emak nya minum 1 botol 1500ml tu la. Jangan bagi baby yee... 😅 sebab jaundis ni bby nak kerapkan kencing n berak dia. Atau puan minum susu kambing. Jgn bagi baby tau😅 Atau kalau puan rasa x berkenan, puan kerapkan penyusuan je. Kejut baby 2 jm sekali utk menyusu. Sbb baby yg kena jaundis kuat sgt tido. Atau mix susu badan dg susu formula supaya baby kerap kencing n berak.
Pengalaman sye..sye usaha mcm mcm jgk ..bg susu kambng..mandikan ngn cincau *petua org bg.. Dll..breast feeding je..sampai la kene tahan wad sbb tinggi.. Then penyebab bby sye kuning mkin tinggi..doc bgtau susu sye xmencukupi nk penuhkan keperluan bby..dlm sehari dpt 2onz (jumlah susu yg diperlukan) boleh 2 or 3 kali je (pump susu untuk tau brapa bnyak susu sye yg kluar).. Maka bby perlu 2 jam skali mnyusu.. Doc sarankan sye bg susu FM untuk cover.. Alhamdulillah kuning semakin turun dan xteruk menangis sbb perut kenyang 😅..
Anak sy prolonged jaundice...hari ke 40 bru btl2 hilang... 2x ambil darah yg banyak kat tangan tu.. sy mmg berat hati nak mix susu anak.. sbb mmg niat nak full bf je.. tp sy cuba juga bg susu karihome tp anak xnk hisap botol... Sy pun makan buah anggur hitam..minum air rebina ..sy ye minum bukan baby... Akhir skli sy minum susu kambing+ kurma jenama higoat..bru minum 2peket kuning baby trs hilang..xpayah g klinik lg...
Kerapkan menyusu. Ibu yg bf elakkan makanan yg ada kunyit, rempah ratus, lada hitam. Kalau buat sup jgn ada sup bunjut atau rempah sup. Ni dr nurse sendiri. Mmg sepanjang anak kena kuning mmg saya makan sup kosong. Ikan pun xde guna serbuk kunyit bagai. Alhamdulillah cepat turun kuning baby 1 lagi pastikan anak kerap berak dan kencing
sis, asam gelugor boleh x guna dlm masakan masa anak kna kuning? kalau serbuk kari dikira rempah juga ya...
30/6 bby girl sy lahir..2hb discharge..3hb cek kuning 153,,4hb 180,,5hb turun 140,,7hb turun 102..xda apa2 sy makan ka apa..cuma rajin susukan bby..yang ibu jangan makan selain sup sayur sahaja..air+sayur+ sedikit garam..mulut kena tahan sampai kuning baby ok..x lama pun .. makanan tambahan saya cuma biskut+nestum tu je
lauk mcmana sis? ikan atau ayam? bakar atau rebus buat sup atau goreng?
Jemur baby..... Ataupun sis ambik daun pisang, angkat baby sis diatas daun pisang tu, baju baby kena buka, hanya pakai pampers... Simpan baby hingga daun tu kering2 gitu............. 😊😊😊Akak dah cuba cara tu... Alhamdulillah...
Cuba campur susu formula sepanjang kuning masih xturun tapi jgn bg susu kambing. Nanti makin lambat turun. Jgn bg baby kerap tidur. Ibu jgn mkn masakan yang ad lada hitam, kunyit, halia. Ni ap yg nurse kk bagitahu.
Susu x cukup kut. Sbb tu kurang kencing n berak. Sy susu badan x cukup so anak sy bg breastfeed then sy bg susu formula. Alhamdulillah kuning turun. Skrg anak 2 bulan mmg susu formula sj.
fatin