Pernah rasa macam ni tak?

Anak kedua saya ni, masa newborn pernah nipple confuse. Sebab dia kena warded lepas lahir on antibiotic so nurse suruh pam nak tgk berapa byk baby minum. Awal2 bagi picagari lepastu rasa penat terpaksa bagi botol. Balik tu jenuh nak ajar dia menyusu direct. Menangis la stress sampai marah husband yg takda kena mengena 😂. Bila dia dh pandai menyusu, sy train dia siang botol malam df sbb persediaan nak masuk kerja. Semua ok takde masalah and dia pun paham dah rutin. Dah masuk kerja bermulalah sesi pam 5x sehari / 6x kalau rajin. Utk buat stock for the next day. Pengeluaran susu saya selalunya cukup2 je untuk anak tapi ada juga lebih and akan banyak kalau haritu sy happy. so kena plan betul2 kalau nak pam. Saya guna “pitcher method” (seriously game changer) Selalunya kalau kat rumah bila dia dh tidur baru saya mulakan pam and pam terakhir haritu sy letak dalam botol untuk persediaan kalau dia tetiba bangun or kalau tak sy akan dream feed anak pakai susu yg dh pam sebelum sy sendiri masuk tidur. Anak sy selalunya mmg tidur awal and takkan bangun menyusu paling lama 5 jam. Tapi kebelakangan ni, dia macam boleh hidu je mak dia sentuh pam susu 😂 asal saya tgh pam je, mid way dia akan bangun nangis2 mintak df walaupun dia mmg dh kenyang. Sy tau dh kenyang sbb mmg dia menyusu lama and rasa perubahan breast tu and skrg memang menyusu dua2 belah. Baru sejam dia tidur (bukan nap time) sy pun pergi la pam. Bagi botol dia tepis je botol tu lepastu mencari2. So kita pun tanggalkan pam dan bagi direct je 😅 bukan sekali jadi, berkali2. Pernah tak baby moms buat macam ni? Macam boleh hidu je mak dia tgh mengepam hahah. Maknya pun termenung la tengok pam susu tu yg tak sempat letak dalam botol / storage. Saya pernah cuba tau masa dia tengah menyusu tu slow2 ganti dgn botol. Tapi member yg tengah lena tu boleh buka mata sambil jeling kita ya dia macam nak cakap ingat kita boleh tipu dia ke? 😂 Tapi takpe lah, tak merungut cuma rasa benda tu kelakar. Rasa happy jugak. Untuk mak2 yg anaknya pernah nipple confuse boleh faham kot perasaan tu. Cuma risau jugak peel mcm ni takut dia buat perangai taknak botol pula kat daycare kan. Perangai dia ni baru lagi jadi. Sejak dia naik 4 bulan ni. Ok lah moms, saja nak share and rant sambil menyusu anak. thank you sudi baca sampai habis 🤣🫶

2 Balas

anak awak more to kepada nk mengempeng. sebab awak ckp dh kenyang still mencari. dia bukan nak susu. cuma nya bila dia mengempeng ni mcm self soothing utk diri dia rasa comfort la. rasa mcm save gitew. cuma nya bila mengempeng mak nya la akan extra penat. mcm sy 1st baby mmg nipple confuse. mcm2 cara nk directfeed semula tp xberjaya. last2 mmg jadi epmom sampai usia baby setahun 2bulan. stop nya sebab pregnant 2nd baby. 2nd baby mmg nekad nk directfeed. alhamdulillah berjaya. awal2 tu mcm nk corner juga sbb baby ada tongue tie. lepas release baru okay. siang sy pump mlm mmg df😁

kan awak. kita semua mommy yg awesome❤️. inn shaa allah kita mampu buat utk anak2 kita🌻

dia bauu 😆 or dia dgr, baby kan pengecaman rutin kan dia kuat..

Mungkin jugak tu hahah. Dasyat betul penangan bau diorg 😂

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan