29 minggu keluar darah beku besar separuh tapak tangan

Alhamdulillah skrng kandungan 30 minggu . Pada 20/12/2023 kandungan berusia 29 minggu keluar darah beku besar lagi. Dokter dah scan Alhamdulillah semua ok tapi dokter masih tak tahu dari mana punca darah tersebut datangg. Ade yang kata memang sebahagian perempuan memng macam tu. Ade yang kate pula period yang dah terkumpul lama. Masuk ni dah 4 kali darah keluar macam tu tapi kali ni lagi besar. Mula dari usia kandungan 6 minggu keluar darah . Dan 4 kali dah kena tahan ward. Last hari tu dalam bulan 8 kena tahan selama sebulan . Kali ni kena tahan sampai bersalin. Ade ke yang mengalami macam sy ? Boleh kongsi ? Dan sy minta doa pada semua untuk sy agar Allah beri kesihatan pada sy dan juga baby sy yaa. Dan selamat semuanya in shaa Allah. Jazakumullahu khairan kasiran

undefined profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!