28 minggu
Ada x yang mcm sy. Sakit kt celah kangkang nak jalan pun payah. Sakit dia bawak ke pinggang smua. Normal ke ye? #1stbaby

Salam sejahtera puan. Untuk makluman puan, ketika hamil wanita mengalami pertambahan berat badan, malah, struktur tubuh juga boleh berubah. Pertambahan berat dan saiz tubuh ini boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang dan belakang, sendi-sendi, serta celah kangkang yang mungkin mengalami iritasi akibat pertambahan daging atau kulit yang bergesel antara satu sama lain ketika berlakunya pergerakan. Hal ini adalah normal dan dialami oleh kebanyakan ibu hamil. Selain itu, penggunaan saiz seluar dalam yang kurang sesuai juga mungkin boleh menyebabkan iritasi ini. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi


