MONTHLY CHECKUP BABY
Hi.. ada tak mommies buat monthly checkup baby kat klinik swasta? Boleh tahu range harga? 🥰 Thanks for sharing..
Range under Rm300 setiap kali check up. Yang lebih murah kadang2 ala kadar je check up tak detail macam kk. Scan pun hauk. Kalau nk check up swasta pastikan dh full package scan semua ada Nt scan, detail scan, 5d, boleh refer pakar cepat. Baru puas hati
Bergantung pada klinik awak. Nak lagi tepat awak boleh terus enquire kat klinik yang awak nak tu. Ada certain klinik yang ada pakej sekali. Macam saya checkup di hospital swasta. Average RM100-RM300 per checkup.
walaupun pergi check KK, setiap bulan saya akan pergi check up kt klinik swasta jugak. harga depends on clinic . kalau checkup biasa range dalam rm50-100 mcm tu .
kdg ikut klinik swasta juga sis, sy tak buka buku lagi, tp ada pengalaman la, biasanya dlm rm60an begitu utk scan shaja klu ada jarum ha smpai 100 lebih la camtu
Sy slalu klau nk scan bru gi swasta dlm RM45-RM100 mcm tu. Kalau yg lain smua dkt KK je. Sbb swasta mahal. Minum air gula pun dh dlm RM80 lebih. Dkt kk free 😂😂
saya paling mahal rm 35
scan saje ke? ataupun antenatal check up?