Baby meragam menangis

Ada tak kat sini baby asyik meragam asyik menangis dalam segala hal? Bangun tidur relax kejap lepas tu menangis. Nak tukar diaper menangis. Nak tidur menangis. Lepas tu menangis teruk2 macam kena dera sebab tak boleh tidur/susah tidur walaupun dah mengantuk. Semua benda dah buat. Mandi dah, tukar diaper dah, bagi susu dah. Malam paling teruk lah. Lagi2 masa nak tidurkan dia. Kalau nak tidur kena dukung, dodoi tu pun berkali2 percubaan baru dia betul2 tidur and baru boleh letak atas tilam dia. Sampai nak patah pinggang, sakit belakang saya ni. Baby baru 27 hari. Baby saya high need ke? Btw I’m a first time mom 😣 #pleasehelp #firstmom #seriusnanya #firstbaby

30 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Baby saya pun mcm tu jugak, ni consider high need baby.. masa 1st 1 month tu mmg menguji betul saya dengan Husband, sama situation mcm awak. Nasihat yg boleh saya kongsi adalah sentiasa bedung baby jngn bagi tangan dia melayang, bagi susu yg cukup dan sentiasa pegang bayi, sentiasa bercakap dengan baby, kalau perlu pakai pacifier pakai pacifier, cuba rujuk 'FB baby language' saya pun rujuk kat situ.. Bila baby dah tidur cepat2 la tidur dan rehat, sebab mmg dia tak tentu akan bangun, kalau ada yg nak bantu jaga baby amiklah bantuan drg sebab mmg awak sgt memerlukan.. Mmg penat sgt tapi InsyaAllah Lepas bulan ke 3 dia akan slow2 kurang..jadi sabar yea Sis...lepastu cuba tengok routine kekerapan dia nak susu, saya dulu dua jam sekali masa mula2.. Bila dah genap 2 jam tu cepat2 bagi susu sebelum dia meragam.. Pastu saya buat routine baby tidur malam.. Tepat pukul 9 dah di bilik tutup lampu buka white noise dodoikan dan tidurkan, mula2 dia tak biasa tapi lama kelamaan dia makin ikut routinenya. Alhamdulillah sekarang ni baby saya tepat pukul 10 mlm mmg dah tidur dan hanya bangun untuk susu sahaja.. Kadang2 smpi 6 jam tidur sampai saya pulak kena kejut untuk susu..ragam dia pun kurang mendadak. Baby saya sekrg dah 3 bulan 17 hari baby boy pulak tu kuat menyusu 1st child😅. Jadi bertabah yea sis, you're a strong mom!

Baca lagi