Spotting mucus plug

Hi , ada tak ibu ibu yang keluar spotting lendir putih tu ? Usually akan keluar berapa lama & berapa lama tempoh sampai hari bersalin ? Saya dah keluar banyak hari spotting mucus plug tu tapi still takda tanda yang lain . Hanya biasala sakit sakit cam urat perut kene tarik tu je sikit .

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pernah keluar 2 kali je, yang 1st tu waktu saya 34 minggu. Yang 2nd tu waktu saya 37 minggu, 2 hari selepas keluar spotting kali kedua ni, saya bersalin. Sebab malam sebelum keluar spotting tu, saya dah ada rasa mild contraction. Tapi spotting mucus plug ni walaupun dah keluar, tak semestinya awak akan bersalin dalam masa terdekat. Boleh jadi masih beberapa minggu lagi baru bersalin. Dia cuma tanda yang awak tak lama lagi akan bersalin. Tapi kita tak tau dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu. Selagi kandungan takda apa2 masalah, jangan risau. Tapi kalau dah ada tanda2 contraction, atau pecah ketuban atau pendarahan, kena terus ke hospital ok.

Baca lagi