3 Balas
Berikut adalah 22 perkara yang perlu anda ketahui jika anda bersama dengan bayi pramatang anda di NICU Hari yang anda tahu anda akan menjadi seorang ibu adalah sepatutnya ia akan menjadi yang paling-paling bahagia paling indah, bukan? Pada masa itu kita melahirkan bayi pramatang kita kita sedr kita tahu kehidupan kita tidak akan akan pernah sama – untuk yang lebih baik! Bagi sesetengah orang, atau mungkin bagi anda, jalan itu tidak selalu mudah. Belajar dari pengalaman saya sebagai NICU mommy yang telah melahirkan 4 bayi pramatang saya iaitu Adreena scha 31 minggu seberat 800g selama 2 bulan di NICU HUKM, Wildan syurga 28 minggu 390g meninggal di dalam kandungan , Adeelleya Scha 28 minggu 600g berada 3 bulan di NICU HUKM dan Adzreel Shah 36 minggu 2.3kg di HUKM berada di wad selama 10 hari.Di sini saya kongsikan tip-tip selama menjadi Mommy NICU. 22 PANDUAN PANDUAN DALAM MELALUI MASA MASA DI NICU 1. JANGAN berputus asa. Tidak kira apa hasilnya akan menjadi, teruskan harapan iaitu HIDUP. 2. Berikan apa saja yang terbaik dari diri anda sebagai seorang ibu dalam melalui perjalanan NICU ini - terutama pada hari-hari yang sukar apabila anda merasa seperti ingin jatuh. 3. Bersedia untuk pasangan anda (suami) dan bersandar pada mereka juga - berpegang teguh supaya anda atau tidak seorang daripada anda mauhupun suami anda pun boleh jatuh ke bawah. Berjaga di antara satu sama lain dalam perjalanan ini, kedua-duanya akan melihat dan mengalami ini dengan cara yang berbeza dan anda PERLUKAN satu sama lain. 4. KETAWA itu happy life. Saya tahu ini mungkin kelihatan sukar tetapi percayalah, bayi anda akan berkembang dengan baik dari kegembiraan dari aura positif anda. Dia akan tahu betapa pentingnya melawan perjuangan ini. 5. Jadilah penasihat bayi anda, anda mak anda tanya lah seberapa banyak soalan yang anda perlukan pada pakar atau doctor yang merawat anak anda. Terlibatlah dalam segala setiap perbualan dan keputusan yang mungkin mengenai anak anda. Sekiranya pakar atau doctor yang merawat anak anda di hospital sukar untuk berjumpa maka hadirla atau tunggulah atau luangkan masa membolehkan anda berada di sana ketika masa pakar atau doctor merawat anak anda.buka mulut dan tanya. doktor pasti akan bantu anda. 6. Kenali jururawat dan berkomunikasilah dengan baik dengan nurse yang menjaga anak anda. Ini mungkin mengambil sedikit masa dan usaha tetapi kami lakukan dan ia membawa kepada penjagaan yang terbaik. 7. Percaya diri. Jika anda fikir sesuatu adalah salah, nyatakannya. Lihat # 5 di atas. 8. Jaga mindset anda. Jangan sesekali berfikiran negatif. Tiada kebaikan yang datang jika berfikiran begitu jadi fokus pada positif! 9. Maafkan kesalahan orang lain. Anak-anak kecil sekurang-kurangnya. kita akan melalui macam2 episod di nicu sehingga ita rasa penting sekali kita untuk memiliki hati yang memaafkan dan mengalihkan perkara yang menyakitkan masa lalu spaya anda akan berasa lebih tenang dan fokus hanya bkaitan anak anda di nicu. 10. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk berkongsi pendapat anda, sama ada suami, ahli keluarga atau rakan anda. Bercakap mengenai perasaan anda adalah sangat2 membantu. 11. Adalah baik untuk anda mempunyai masa tenang dan bersendirian anda. Anda boleh memandu ke NICU sahaja satu hari atau duduk di dalam bilik sendiri dengan bayi anda. Tenang adalah baik dari penggera dan bunyi bising tidak berhenti, sehingga anda akan terasa kadang-kadang senyap sangat menenangkan. 12. Percaya kesemua mereka yang menjaga dan yang merawat anak anda sepenuhnya di NICU. Percayalah bahawa apabila anda meninggalkan bayi anda pada hari awal kelahiran bahawa mereka telah berada dalam penjagaan yang terbaik. 13. Jaga diri anda sendiri. Sebaiknya jaga tidur, jaga makan, dan menjaga diri sendiri, menjadikannya sebagai keutamaan. Bayi anda memerlukan anda semua dan dengan menjaga diri anda menjaga bayi anda. Tolong jangan terlalu lemah dan tolong kuat supaya anak anda jadi lebih kuat. 14. Gunakan lah kesempatan masa yang ada . Untuk seketik a saat dan masa yang anda ada..anda boleh mengambil bahagian dalam boleh membantu nurse menukar lampin anak anda sendiri, menukar baju, atau anda mungkin dapat membantu dengan mengelap mata mereka tetapi dengan kebenaran nurse atau doktor telebih dahulu, 15. Sentiasa baca bacaan ayat2 alquran contohnya alfatihah, Yassin, ayat kursi pada bayi anda sambil menyentuh mereka. Membaca buku, atau menyanyi atau bercakap2 dengan anak juga ada lah yang terbaik, mereka pasti akan suka ini. 16. Tangkap sebanyak mungkin detik dengan foto atau video. Itu adalah moment berharga anda dan anak, itulah Ia mungkin tidak kelihatan seperti itu pada masa itu, tetapi anda akan suka dapat melihat kembali mereka, tidak kira berapa lama tinggal. 17. Mempunyai hati yang sentiasa REDHA dengan ujian dari DIA dan sentiasa lah rasa bersyukur 18. Jangan banding2kan. Adalah baik apa bila kita bercakap dengan keluarga lain yang juga berada di NICU tetapi ingat ye setiap perjalanan bayi pramatang adalah berbeza. 19. Meminta bantuan. Mintalah apa yang anda perlukan dari rakan, keluarga, jururawat dan lain-lain. Jika anda berdoa, tanyakan apa yang anda perlukan, mintalah penyembuhan, meminta kekuatan, dan sebagainya. 20. Bersedekah. Biasakanlah diri untuk Bbanyakkanlah bsedekah pada anak anak lain di luar sana ketika bayi pramatang kita masih berjuang di nicu. 21. Percayalah bahawa anda sebenanya seorang ibu yang kuat dan pasti akan dapat melalui semuanya ini. 22. Pertubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Bayi Pramatang Malaysia(BPM) adalah satu komuniti ibu bapa yang melahirkan bayi pramatang yang akan membantu anda sama sama melalui segala suka duka anda selama di NICU. Tempat yang betul untuk anda meluahkan segalaya. Tempat di mana anda akan Nampak ada ibu bapa lain jauh lagi sukar dari anda yang telah yang sedang melalui masa masa NICU seperti anda. semoga membantu😊
tak perlu takut pun..setiap orang ada rezeki masing²..awak cuma perlu bersabar..bawa bertenang.. insha Allah Allah itu maha Adil..saya ada pengalaman anak lahir premature(33weeks)..1 minggu dduk dlm labour room..after bersalin anak masuk nicu hanya 2 minggu..sbb anak saya berkembang dgn baik..Alhamdulillah..awk hanya perlu bersabar n tawakal n redha je..biar Allah tentukan..kita hanya mampu merancang..tuhan menentukan..so just cheers..now anak saya 1 thun lbih & Allah kurniakan saya anak sorang lagi..insha Allah akan bersalin bulan 10 tahun ni..doakan saya & kandungan saya baik² sja ye,
saya lahir baby 30wks berat 840g. dah 40hari di NICU. anak saya doktor diagnose ada DORV & TGA. sejenis komplikasi jantung. Doakan saya, suami dan ank terus kuat ya. Baby setakat ni Alhamdulillah kuat. cuma lambat sgt berat naik. br naik 1kg. Minum susu badan fully tp kdg2 campur formula (bila tak sempat hantar ke hospital)
Anonymous