27 Balas

sy prnah tny suami sy pasal ni. knpa baca dkt sana sini bnyak yg laki je asyik ajak brsama. tp kes sy, asyik sy yg ajak brsama. smpai kdg2 rasa segan. pastu dia jwb xsemua laki mcm tu. xsemua laki asyik pikir psal se*. dia dlm golongn yg se* drive biasa2 ja.. sy pon ow ok.. awal2 dulu sy slalu pkai baju sexy la apalah tp kdg2 nothing happen. suami tido mcm biasa hahaha...prnah sy beli minyak urut minyak zaitun je pon dgn harapan nnt lepas urut2 boleh lah on. tp tulah suami ckp ooo beli minyak ada motif ehh...sy terasa...rasa malu, rasa terhegeh2. last2 sy tuang & buang minyak tu..tp lepas tu pandai pulak dia tny mana minyak haritu nk main urut2. sy ckp sorry sy dah buang haha...slama ttc 4tahun dh selalu sy merajuk pasal ni sbb kdg2 bila minggu subur suami xnak kerap brsama pon sbb dia letih.. dh la period sy jenis xteratur. susah sngt nk cari waktu subur.. skrg Alhamdulillah dh ada baby.. so sy xstress dh pikir pasal nk bersama. sbb dh ada hasil. org pon dh xbertanya pasal anak 😊

Ye betul laki saya jenis bukan nk sex je smata

kena bincang awak. memang lelaki agak penat kalau hari bekerja nak bersama. kalau cuti dia lebih semangat sebab masa tu suami nak hilangkan stress. macam saya kami pjj sebab kerja. tapi tiap bulan kalau masa waktu subur kena pada hari kerja saya yang akan drive jumpa suami. kami sewa hotel sebab suami duduk rumah sewa dengan orang lain. tapi bila waktu subur kena pada hujung minggu, kami berjumpa di rumah je. suami saya sendiri akui dia penat kalau bersama masa hari bekerja. jadi bagi dia s** tak berkualiti dan sperma pun tak berkualiti. tapi alhamdulillah saya pregnant. disebab kan kami pjj saya tahu yang lekat ni kami bersama masa hujung minggu. moga yang baik2 untuk sis.

Ok puan

Macam saya sebelum ni pernah gugur. Jadi lepas gugur tu alhamdulillah memang bersemangat lagi nak berjuang. Memang ada masa suami letih waktu saya subur. Tapi saya kata kat dia takpe la kita cuba bulan depan pula. Rezeki dari Allah ni memang kita tak jangka. Lepas 4 bulan saya gugur alhamdulillah saya mengandung lagi. Saya pun pelik waktu bila yang buatkan sangkut. Sebab lepas suami kerap mengadu letih, saya tunggu suami je ajak bersama. Saya tak tengok dah waktu subur saya. Tapi alhamdulillah sangkut juga. Apa pun sis kena banyakkan doa semoga semuanya di permudahkan. Allah je tahu apa terbaik untuk kita. Sekadar berkongsi pengalaman.

Lepas saya gugur tu dalam sebulan stop. Lepas tu baru BD, itu pun kadang 2 ke 3 kali je sebulan. Tak lebih dari tu. Sebab saya ni pun jenis period lama. Sebulan dekat 13 hari period saya. Suami pula kerap juga letih. Jadi memang tak selalu kami BD. Sebab tu saya terkejut juga bila bulan ke 4 check naik 2 line. Alhamdulillah rezeki dah sampai. Yang penting saya pastikan masa suami ajak tu saya dah siap sedia. Mood saya sendiri pun kena okey.

Bincang sis face to face, kalau dia kurang bab ni, cari cara yg boleh attrc dia. Macam saya dengan suami, kalau suami strss penat kerja, mmg dia kurang sikit nk bersama tu, so sya bincang dgn dia, kalau kta nk try utk dpt anak, bersama bila waktu subur je pun okey la, kalau saya, sya mmg tak ajak dia bersama, tapi kalau nk bersama sya mmg pakai wangi2 la, kdg pakai seksi2 la, lagi stu, suami sya kalau sya trus peluk dia, ha situ mcm kena elektirik je, jrg tak on. haha, dia kalah2 mcm tu. Kalau sis baik bincng macam mana dgn suami, tapi kalau strss penat kdg takut spermnya tak kualiti pulak. Bincang sis dgn suami ya. Insyallah dipermudahkann.

saya pernah ada dalam situasi ni. Suami tak membantu bab ttc ni. Pada dia, ada rezeki adalah. Tapi kita perempuan, bila orang tanya pasal anak, nampak macam kita pulak yang bermasalah sedangkan suami yang tak beri komitmen. Saya cakap pada suami, jika orang tanya pasal anak, saya cakap suami yang taknak anak. Baru orang tak salahkan kita semata². Selain tu saya berdoa sungguh pada Allah mintak Allah lembutkan dan bukakan hati suami untuk usaha ni. Alhamdulillah, Allah pegang hati suami. Saya dah selamat melahirkan anak bulan 10 haritu. Harini baby dah 2 bulan. Saya ttc 6tahun.

ye betul ada rezeki adalah. tp kalau xusaha nak harapkan anak dtg dgn download dekat playstore ke? sy pon prnah ada dlm situasi sis. klau org tny psal anak nakkk je sy jawab tny suami. jgn tny sy. 😂..yalah dari dulu dh jadi kesalahan pmpuan klau xmngandung sedangkan ada kes2 mcm ni. suami yg xnk bg krjasama. tp dkat mulut asyik ckp nak anak..sy pernah beleter dkt suami psal ni..bersih otak dia sy basuh haha...Alhamdulillah skrg dh ada baby. so sy dh x terhegeh2 nk ajak dia bersama. dia nak, dia bgtaw. xnak sudah! 🤣

Hi sis,,normal kalau lelaki tak nak kalau penat sebab drg rasa tak fokus. Lagipun doktor pernah inform juga sperm tak kualiti kalau bdn penat. Sabar ja, inshaAllah akan ad rezeki hal anak ni jgn terlalu difikirkan biar ja org bertanya, smbil mereka bertanya minta drg doakan. Sy TTC 2 thn, mmg bnyak sabar- tekanan. Tapi alhamdulillah bila tak difikirkan sgt usaha mana yg mampu gi klinik semua buat santai2 ja. Alhamdulillah Allah bagi rezeki mengandung. Positif ja sis, Allah uji kita kejap ja, bayangkan yg bertahun2 mencuba tu mcm mana, kan.

TapFluencer

mungkin tak perlu stress sgt kot pasal ni. biar dtg secara natural. kdg kalau suami penat & awk pun stress fikir nak bersama kena ajak bagai ni, nanti sperma & ovum tu tak berkualiti pun. percayalah. kena cipta suasana happy, stress-free. baru hormon endorfin/serotonin/dopamine (happy hormone) tu merembes dgn sempurna. lgpun cuba puan bincang borak elok dgn suami, kot dia ada masalah ke apa kan. puan je kenal suami mcm mana. kami kt sini boleh nasihat & bg cadangan je.

sy sentuju dgn komen ni , dlu sy slalu kira dan nk bersama masa sy subur ,lama2 sy biarkan je jd scara natural ,last2 lekat pada bkn hari subur pon, jgn terlalu stress fikir nk kne bersama jugak time subur , sbb fikiran kita x happy pon

Kami suami isteri pernah ikhtiar pergi berurut dan cek rahim sy. Rahim sy ok. Suami sy pula ikthiar pergi berurut. Cuma mase tu dia niat nak urut bdn je sbb rasa sakit2 mcm x larat, rupanya pundi kencing suami tersasar sedikit dari tmpt aslnya. Lps urut, alhamdulillah dh ok. Kmi ikhtiar pula kerapkn bsma ketika nk wktu subur & ketika wktu ksuburan. Tp bnda ni kena sama2 semangat . Bncg baik2. Suami sy mmg nk ada ank. Apa pn , kta hanya merancang, Allah jua lah yg mengizinkan. Semoga sis akan hamil juga nanti, Insha Allah..

Baik puan

sama mcm suami saya.... selalu xmau. selalu penat dia kata. stress jGak la kan. asyik kita ja nak. dia xmau. last2 saya ajak dia check kesuburan. rupanya husband saya diabetes.. so nafsu dia kurang lah sb diabetes. sperm dia pulak kurang. lepas dh taw mslh apa kita boleh bincang cara elok ngn husband.. sama2 cari solution. alhamdulilah saya pregnant lepas 7tahun tggu. n dh selamat bersalin. cuma sekarang baby saya dlm nicu sb jantung dia xok. doakan baby boy saya yaaa

amin, moga dipermudahkan n diberi kesembuhan ya mumy 🥰

oo pelik, jarang laki bila kita ajak dia xmau. biasa dengar pmpuan je suka tolak. cuba sis xperlu bgtau dia tarikh subur ke masa period tu semua. maybe dia dengar benda2 cmtu dia turn off sbb dia fikir sis nak besama dia sbb nak cuba dpt baby je 😂 dia xrasa mood romantik tu. ada pasangan dia suka bersama secara spontan je dan xperlu terlalu kerap. baru la rasa kenikmatan tu.

maaf la ya sy 1st time dengar n tahu pasal ada jenis suami yg susah bagi kerjasama bab cmni. takde niat nak judge apa2 pun. jgn marah ye

Soalan popular

Artikel Berkaitan