Ada ke petua semulajadi untuk pulihkan ulser dalam mulut anak yg berusia 3 tahun? Anak sy demam dan ada ulser lebih dari 3 dlm mulut. Sy dah ke klinik, doktor bagi ubat demam, antibiotik dan ubat titis untuk ulser. Tp anak makin nangis tak selesa sbb mulut sakit. Ulser makin bertambah. Pergi hospital cek sekali lg dan ambil darah tp result ok xde virus HFMD(penyakit kakitangan dan mulut). Sedih sangat tengok anak menangis lapar tapi tak boleh nak makan. Air semua taknak minum kecuali susu.. Masakkan bubur makan hanya sesuap dua itupun kena paksa sikit. Klu tak langsung taknak makan. Ada ke yg tahu petua semulajadi atau ubat yg paling bagus utk ulser cepat baik.. ?