dugaan hematuria..
Ada ibu2 yang pernah dengar hematuria? Pregnant 33 weeks sy kene warded 8 hari kerana hematuria..alhamdulillah baby sihat sekarang dah 34 weeks 5 day..


Salam sejahtera puan, tahniah atas kelahiran bayi anda. Semoga anda dan bayi sentiasa sihat. Memandangkan ramai yang bertanya mengenai apakah itu hematuria, saya akan terangkan sedikit di sini mengenainya. Hematuria bermaksud kencing berdarah. Hematuria boleh terbahagi kepada frank hematuria dimana darah jelas kelihatan di dalam air kencing, atau microscopic hematuria, iaitu darah yang dikesan melalui ujian makmal. Masalah hematuria biasanya terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman dalam saluran kencing. Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah lain seperti batu karang, masalah buah pinggang atau kecederaan buah pinggan atau mana-mana bahagian dalam saluran atau pundi kencing. Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya mengalami masalah kencing berdarah, sakit ketika kencing atau gejala-gejala lain yang membimbangkan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi