Anak dh taknak direct feed

3 hari lepas warded sy cuba df anak, anak mahu tapi takde susu badan. Jadi dia mengamok sampai merah muka menangis2, lepastu sy tpaksa bg formula dulu. sekarang dia dh taknak df, tp susu sy dh start keluar susu kolostrum tu, tak banyak tapi sy cuba marmet simpan dlm syringe. Persoalan saya patut ke sy marmet sampai susu putih keluar? Brapa lama tempoh marmet baru susu putih keluar? kalau sy buang je kolostrum tu takpe ke? susah nak syringe satu2 drop susu, skrg pun taksampai 1ml 😞 Dulu kat hospital nurse guna botol susu teats brand Nuk tu, mungkin bila sampai kat rumah sy pakai brand Philip avent yg teats silikon dan tak mcm puting betol sbbtu kot anak sy dah taknak df. Sy lambat df sbb tangan byk jarum susah nak pegang baby 😔😔 *update sy dah berjaya pam, dapat dalam 2oz skali pam pun dah okay. takdelah bengkak sangat huhu, tak tahan menahan bengkak, rasa melayang2 pening kepala woo 🥶. mission sy janji ada susu je, kalau takdpt df pun takpe.. tq semua 🤗

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam awak, jangan putus asa tau, kolostrum tu elok utk immune bayi. Bagi je. Saya dulu anak 1st pengalaman mcm awak. Hospital nak bg formula milk. Saya berkeras nak bg susu badan. Walaupun baby meraung2, awak tahan sikit ya dgr baby nangis. Dia amik masa nk faham nipple mana satu dia punya. Mcm saya dulu, disebabkan dia kat hospital da biasa botol bagi ebm, so saya breastmilk yg dah dipam sampai umur 10bulan. Seksa juga pengorbanan ibu yg pam susu ni haha. Lpas 10 bulan saya berjaya direct feed anak 1st saya Alhamdulillahhh lega sangat xyah basuh botol n pam pukul 2-3 pagi dah hahaha

Baca lagi

kolostrum tu paling berharga. liquid gold. yg protect imunisasi bdn baby awak semasa awal kelahiran baby awak. jgn buang. if susah guna shringe guna milk collector. utk tadah colostrum tu. sambil tadah awak marmet. cuba search kebaikan susu kolostrum tu awak

sy bg je susu badan.. walaupun tak keluar sgt susunya.. tak larat baru bagi formula.. sbb sy taknak dia nipple confuse and lupa susu ibu.. marmet tu mmg kena keep on buat.. susu cair akan dtg lepas few days.. awal² mmg pekat

Hi, pendapat saya seeloknya Puan cari pakar laktasi berdekatan dengan Puan. Di hospital ada, private center pun ada. Mereka mampu menyelesaikan masalah Puan. Percaya lah tak rugi untuk Puan dapatkan khidmat pakar.

Masih boleh lagi tu ajar baby utk menyusu bdn.. Nanti bila dah OK, kedua2nya boleh di guna pakai.. Insha'Allah..

Kolostrum sgt bagus utk bby utk imun dia. Jgn dibuang. Blh simpan pd storage bag & beri pd baby. Kesian dia.