16 Balas

I rasa ibu tahu mmg bahaya kalau pakai korset sbb tu ibu tanya sini whether bahaya ataupun tidak. Do u think that u should wear a korset while u are pregnant with a baby who is constantly growing in your womb? Patut ke? Logic or not? Common sense, please please never ever do this mistake my dear. Baby perlukan ruang utk membesar dan mmg bahaya sgt kalau pakai korset. I faham ibu nak jaga shape badan ataupun nak jaga kesihatan badan x salah, boleh je ibu jaga pemakanan yg sihat and seimbang dan juga cukup nutrisi utk ibu dan baby. Ibu boleh mendapatkan nasihat OG kalau ibu boleh mengamalkan senaman yoga utk kesihatan minda dan badan.

jaga shape yang mcm mna? rasa belt utk bantu tampung perut okey la nak pakai, tu pun masa perut dah makin besar. tapi klau hasrat hati takut gemuk or menggelebeh tu taktau la nak kata.. nak badan cantik tak perlu pun pakai corset ke apa, jaga makan spt yg disarankn KKM & senaman seminggu sekali pun okey dah. utk ibu pregnant ada senaman khas utk setiap trimester. yg Penting kena ingat, bila pregnant makan tetap utk seorang bukan utk 3-4 org ye..

Ada bengkung atau korset khas utk ibu mengandung. boleh cari di shopee. tujuannya utk memberi keselesaan kpd bdn drp sakit pinggul, pinggang, tulang blkg d samping mengampu perut yg makin mbesar. korset jenis ni boleh menjaga postur dan kesihatan ibu hamil. yg ni boleh pakai.

ni bukan korset utk kurus dik. ni namanya MATERNITY BELT PREGNANCY SUPPORT CORSET PRENATAL CARE. Cuba google cari info - Membaca tu jambatan ilmu. ibu yg btanya tu x ada pengalaman lg. cuba la berhemah sikit bila berbahasa tu dan take consideration bakal ibu yg still x ada pengalaman. kita semua dl pn awal2 mngandung x byk pngalaman kan.

TapFluencer

Tak boleh puan guna korset... rasa seriau baca soalan ni. Tak boleh jaga shape masa mengandung. just jaga makan berkhasiat dan buat light exercise je sesuai untuk ibu hamil ya. Guna bengkung boleh yg khas utk mengandung untuk sokong posture dan kandungan. ♥

Kalau dah tau pregnant stop terus pakai bengkung ke makan ubat kurus apa semua. Takde guna jugak jaga shape bila nnt perut akan menonjol ke depan juga. Nama pun nak bagi ruang utk baby membesar dlm rahim

tidak sesuai untuk perkembangan rahim semasa hamil.. puan perlu sediakan ruang untuk janin berkembang lebih lagi di awal trimester. saya yakin puan bijak untuk buat keputusan demi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan 👍😃

Jaga shape? Ada ke org ngndung badan dia shape 😂shape ke depan ada la sis🤣Lpas2 bersalin nk pakai suka hti la ni ngndung nk pakai korset Agak2 baby dlm tu mcm mne??

Ape pya soalan la ni. Tak kesian kat bby ke. Lpas bersalin nnt pakai la 24jam pn xper sis, xkisah. Lg awl2 pregnant ni, lg la byak risiko.

bende yang sendat² ni boleh buat gugur,preggy ni tk perlu nak fkir shape tnggu lepas bersalin baru boleh shape kn blik body

Tak boleh. shape pastinya akan berubah. nanti pressure pada Janin boleh bawak masalah lain. kelakar pulak soalan ni.

Soalan popular

Artikel Berkaitan