Baby susah tidur

Hello. It’s my 1st baby. #firstbaby Baby boy. 3 months 7 days. Macam mana ya nak tidurkan baby? Sebab baby saya sangat susah nak lelapkan mata dia. Dia dah tunjuk semua sign yang dia mengantuk tapi dia macam tahan mata daripada tidur. Saya baru je pakai buai untuk tidurkan baby, dalam 3 minggu ni. sebelum ni dodoi berdukung sampai tidur, tapi lepas 2jam baru tidur, kadang sampai 3-4 jam baru tidur (termasuk dengan menyusu). Tapi baby saya tiap kali masuk buai, mesti dia menangis beriya macam kena dera. Bersungguh betul nangis. Buai kan baby selalunya dalam sejam - sejam setengah baru dia tidur. Lepas setengah jam dia akan terjaga balik & kena buai balik dalam sejam. Lepas dah buai, nak menyusu pulak. Jadi drag masa tidur dia, sebab baby saya dalam 2-3 jam dah lapar. bila siang dia taknak tidur masa menyusu. Bila midnight, saya susukan baby sampai tertidur tanpa burp kan dia. Sebab tiap kali burp kan dia, mata dia jadi segar & bulat & susah nak tidurkan balik. Tapi bila tak burp ni, baby terlelap kejap je lepas tu terjaga balik la. Saya jadi buntu tak tahu nak buat macam mana lagi. Kesian sebab dia tak cukup tidur. Dah la dia susah nak lelap mata, senang terjaga pulak tu. sangat2 senang terjaga. Boleh tak advise apa patut saya buat? Saya buntu, kadang rasa tertekan sebab hari2 fikir macam mana nak tidurkan dia. Saya jadi stress bila tengok dia mengantuk sangat2 tapi dia taknak tidur. Sedih sebab dia kecil lagi, tapi tak cukup tidur. Dia berjaga lagi lama daripada waktu dia tidur. Rasanya dalam 24 jam, 8 jam je dia tidur. Tolong lah saya & baby saya😭 #mommybuntu #bantusharing #theasianparentph #firstbaby

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Kalau awak takut burlp kan baby awak masa lepas bf awak bole lepas bf tu awak letak dia kat dada awak sambil awak duduk sambil urut belakang dia

cuba sis masa burpkan dia sambil tu dodoikan skali, anak saya sebaya dengan sis lepas sy susukan baring, sy burpkan dia smbil dodoi dkat bahu.

Anak saya dah masuk 4bulan 18hari..klau tidur siang dlm jam10 gitu atau ptg... Memang susah.. Tapi klau malam dia tidur lena..

dulu, masa sy jaga anak kakak sy. sambil baby minum susu. saya bukakk kan surah kat you tube. cari je ruqyah baby mudah tidur.

ilmu semua ni...tq pada yg berkongsi...kot le Ade REZEKI dpt anak lg blh guna pakai cara2 mommy ni

beri puting utk dia hisap. tp pastikan puting orthodontics.

TapFluencer

Cuba dodoikan dengan zikir2 Allah moga bermanfaat