Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mother to a princess
Anak kurang kencing
Hi mommies. Anak sy 11 bulan. Dalam seminggu ni sy perasan pampers dia dah x penuh . Malam tidur 12 jam tapi pampers x penuh (sy x tukar pampers waktu malam sebab ank senang terjaga). Siang biasa 4jam sekali sy tukar mesti pampers berat tapi skrg kadang mcm kosong. Anak fully bf. Kuat menyusu. Ada ke mcm ank sy? Perlu ke sy bwk ke klinik?
Tinggi anak
Hi mummies. Ada tak yg ada bby girl 9 bulan? Tinggi ank berapa ye? Anak sy 66cm. Dah hampir line kuning 😥 Nurse ckp ok sbb BMI balance tpi sy risau
Alah kucing
Hi mommies. Kalau anak alah kucing, hanya tak boleh pegang atau berdekatan dengan kucing pon tak boleh? Rumah mil sy banyak sangat kucing yg bebas berkeliaran dalam rumah. Semua tempat merata bulu kucing, sofa, lantai, toto. Setiap kali balik sana mesti sehari kemudian anak saya selesema. Sy syak anak alah kucing tapi bila cakap pada mil dia cakap kan takde bagi anak main kat bawah, kan dukung je. Jadi kebetulan ke anak sy selesema dan bersin2 tiap kali balik dari sana? Anak 5bulan
ANAK TIDUR KEJAP
Ada ke ibu2 anaknye mcm anak sy. Tidur siang dy kejap sgt. Sekali tidur 40 minit. Lepas tu sejam setengah kemudian nk tidur balik tapi susah sangat nak tidurkan dia. Menangis2 sebab mengantuk tapi tak dapat tidur. Tapi nanti tidur kejap je. Setiap hari macam tu. Letih jugak sebab banyak kali kena tidurkan. Anak pula jenis susah nk tertidur. Menangis je sebab tak dapat tidur