Air kelape
16 week dah boleh minum air kelape ke belum ea ?

ni pula jawapan utk soalan tt tanya tentang air kelapa. doctor imelda explain. Suami kepada patient hamil tanya saya: “Doktor, isteri saya minum air kelapa takpe ke? Orang cakap tak boleh minum air kelapa.” Saya jawab: “Air kelapa tu minuman buah semulajadi berkhasiat, tak ada racun pun, dan bukan penyebab keguguran. Tak ada sebab tak boleh minum air kelapa semasa hamil atau selepas bersalin.” Saya tambah lagi: “Yang patut kena pantang ialah merokok. You merokok ke?” Isteri mengalihkan pandangannya ke mata suaminya. Suami patient kemudian diam dan angguk-angguk, tanda dia akui dia merokok. Saya pun berletiaq: “You nak suruh isteri you pantang minum air kelapa sebab you dengar kata orang, tapi you merokok??? You kena berhenti merokok. Yang ini lah racun yang boleh menyebabkan isteri gugur dan kematian bayi. Yang inilah pantang nombor satu. Yang ni orang tak cakap pulak ke? Kalau orang tak cakap hat ni, saya dah cakap.” Dengaq tau suami-suami yang masih lagi dok merokok, jangan jadi talam dua muka. Jangan suruh isteri berpantang makanan yang halal berkhasiat tetapi diri sendiri dok merokok. Saya doakan anda yang sudah berjaya menjauhi tabiat merokok di bulan Ramadhan kekalkan usaha ini selepas Hari Raya dan berhenti merokok buat selama-lamanya. Aaaamiiiinnnnn.....
Baca lagi

